Malaysia legislation

Section 90

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 90

Peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan penubuhan dan pentadbiran dana pampasan bagi maksud skim kepentingan yang didaftarkan di bawah

Akta ini dan cara dana pampasan akan diguna pakai;

(b)

menetapkan penyerahsimpanan atau pendaftaran dokumen dan masa serta cara pengemukaan dokumen bagi penyerahsimpanan atau pendaftaran;

Skim Kepentingan 99

(c)

menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan, difailkan dan didaftarkan dengan atau yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini atau apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dilaksanakan oleh Pendaftar atau bagi pemeriksaan mana-mana dokumen itu;

(d)

menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pendaftar; atau

(e)

menetapkan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang berlanggaran dengan mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk mengisytiharkan kepentingan untuk dikawal selia di bawah undang-undang sekuriti