Malaysia legislation
Section 2
of *AKTA ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1992
Seksyen 2
(a)
sesuatu organ, atau pejabat di dalam, sesuatu organisasi yang diisytiharkan sedemikian;
(b)
sesuatu suruhanjaya, majlis atau badan lain yang ditubuhkan oleh organisasi atau organ sedemikian; dan
(c)
sesuatu jawatankuasa, atau jawatankuasa kecil bagi sesuatu jawatankuasa, dalam organisasi, organ, suruhanjaya, majlis atau badan sedemikian,
“organisasi seberang laut” ertinya organisasi yang diisytiharkan menjadi organisasi seberang laut oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen 3(2), dan termasuklah—
(a)
sesuatu organ, atau pejabat di dalam, sesuatu organisasi yang diisytiharkan sedemikian;
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 7
Kekebalan)
(b)
sesuatu suruhanjaya, majlis atau badan lain yang ditubuhkan oleh organisasi atau organ sedemikian; dan
(c)
sesuatu jawatankuasa, atau jawatankuasa kecil bagi sesuatu jawatankuasa, dalam organisasi, organ, suruhanjaya, majlis atau badan sedemikian;
“pegawai tinggi” ertinya seseorang yang memegang, atau yang melaksanakan tugas, jawatan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai jawatan tinggi dalam sesuatu organisasi antarabangsa;
“peraturan” ertinya peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“persatuan” ertinya sesuatu persatuan atau sesuatu badan atau kumpulan lain orang, sama ada diperbadankan atau tidak;
“persidangan antarabangsa” ertinya persidangan yang dihadiri oleh seseorang yang mewakili Malaysia dan—
(a)
seseorang yang mewakili sesuatu negara selain Malaysia;
atau
(b)
seseorang yang mewakili sesuatu organisasi antarabangsa atau sesuatu organisasi seberang laut, sama ada atau tidak ia juga dihadiri oleh seseorang atau orang lain;
“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu” ertinya organisasi yang ditubuhkan oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditandatangani di San Francisco pada 26 Jun 1945.
(2)
Bagi maksud Akta ini, seseorang yang menjadi, atau yang pernah dalam mana-mana tempoh masa menjadi, anggota sesuatu organ dalam sesuatu organisasi antarabangsa tetapi tidak, atau tidak pernah dalam tempoh itu, ditauliahkan kepada organ itu sebagai wakil—
(a)
sesuatu negara;
(b)
sesuatu organisasi antarabangsa; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(c)
sesuatu organisasi seberang laut, hendaklah disifatkan telah, atau telah pernah dalam tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, ditauliahkan sedemikian sebagai wakil negara yang dia menjadi rakyatnya.
(3)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
wakil silih ganti atau timbalan atau pengganti seseorang wakil sesuatu negara anggota organisasi antarabangsa atau organisasi seberang laut; dan
(b)
penasihat kepada, atau pakar yang membantu, wakil sedemikian, hendaklah setiap seorangnya disifatkan sebagai kakitangan rasmi wakil itu.
(4)
Sebutan dalam Akta ini mengenai negara hendaklah dibaca sebagai termasuk sebutan mengenai kerajaan negara.
Organisasi antarabangsa dan organisasi seberang laut