Malaysia legislation
Section 3
of *AKTA ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1992
Seksyen 3
(a)
yang dianggotai oleh Malaysia dan suatu negara atau negara-negara selain Malaysia;
(b)
yang dibentuk oleh seseorang atau orang yang mewakili
Malaysia dan seseorang atau orang yang mewakili suatu negara atau negara-negara selain Malaysia; atau
(c)
yang mempunyai pejabat di Malaysia dan yang, pada pendapat
Menteri, melaksanakan fungsi yang memberikan manfaat kepada Malaysia, menjadi suatu organisasi antarabangsa.
(1A)
Peruntukan perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi—
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 9
Kekebalan)
(a)
mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang di
Malaysia; dan
(b)
mana-mana organisasi yang diperbadankan atau ditubuhkan bagi maksud komersial.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengisytiharkan—
(a)
sesuatu organisasi yang anggotanya ialah negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu;
(b)
sesuatu organisasi yang dibentuk oleh orang yang mewakili negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu; atau
(c)
suatu organisasi yang ditubuhkan, atau suatu kumpulan organisasi yang dibentuk, oleh—
(i)
organisasi yang anggotanya ialah negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu; atau
(ii)
organisasi yang dibentuk oleh orang yang mewakili negara seberang laut di dalam suatu rantau geografi tertentu, menjadi suatu organisasi seberang laut.
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu organisasi tidak boleh diisytiharkan menjadi organisasi seberang laut jika—
(a)
Malaysia menjadi anggota organisasi itu; atau
(b)
organisasi itu dibentuk oleh seseorang atau orang yang mewakili Malaysia dan seseorang atau orang yang mewakili suatu negara atau negara-negara selain
Malaysia.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
Keistimewaan dan kekebalan organisasi antarabangsa dan orang tertentu