Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Elaun kenangan hanya akan dibayar kepada seseorang penerima yang masih hidup pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3)
Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan.
(4)
Jika Pingat dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima, dalam apa-apa keadaan, mulai dari bulan permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan)
(5)
Jika Pingat dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan yang Pingat itu dianugerahkan kepadanya.
Pemberhentian pemberian elaun kenangan