Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
sekiranya penerima mati;
(b)
sekiranya penerima disabitkan atas mana-mana kesalahan oleh suatu mahkamah di dalam Persekutuan;
(c)
sekiranya penerima diperintahkan oleh suatu mahkamah di dalam Persekutuan dalam mana-mana tindakan sivil untuk membayar suatu amaun yang melebihi dua ribu ringgit; atau
(d)
apabila penganugerahan Pingat itu dibatalkan atau diungkaikan mengikut seksyen VIII Statut Jasa Perkasa
Persekutuan.
(2)
Tiada elaun kenangan akan dibayar mulai—
(a)
dari bulan yang dalamnya kematian penerima itu berlaku;
(b)
dari bulan yang hukuman bagi suatu kesalahan dikenakan ke atas penerima;
(c)
dari bulan yang perintah yang disebut dalam perenggan (1)(c)
dikenakan ke atas penerima; atau
(d)
dari bulan yang penganugerahan Pingat itu dibatalkan atau diungkaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Sekiranya ada suatu rayuan terhadap mana-mana hukuman atau perintah yang disebut dalam perenggan (1)(b) atau (c) oleh penerima, elaun kenangan tidak akan dibayar mulai dari bulan yang hukuman atau perintah itu disahkan atas rayuan itu.
8
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 744
(4)
Sekiranya penerima itu menerima suatu pengampunan bebas berkenaan dengan sabitan itu yang disebut dalam perenggan (1)(b), atau sekiranya Pingat yang dibatalkan atau yang diungkaikan itu diberikan semula kepadanya, elaun kenangan hendaklah diberikan semula kepadanya mulai dari bulan yang pengampunan bebas itu diterima atau Pingat itu diberikan semula.
(5)
Perenggan (1)(c) tidaklah terpakai bagi seseorang penerima jika perintah mahkamah terhadapnya dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang penjamin sosial.
Pemberian kepada waris kadim penerima jika Pingat dianugerahkan selepas kematian