Malaysia legislation

Section 5

of AKTA JASA PERKASA PERSEKUTUAN (ELAUN KENANGAN) 2012

Seksyen 5

Jika Pingat dianugerahkan selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kepada seseorang yang telah mati, maka bolehlah diberikan suatu jumlah wang sebanyak sepuluh ribu ringgit hanya sekali—

(a)

kepada isteri atau isteri-isteri atau suami dan anak-anak penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh penganugerahan Pingat itu;

(b)

sekiranya pada tarikh penganugerahan Pingat itu tiada isteri atau suami atau anak penerima yang mati yang masih hidup, kepada ibu bapa atau ibu atau bapa penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu; atau

(c)

sekiranya pada tarikh penganugerahan Pingat itu tiada isteri atau suami, anak atau ibu atau bapa penerima yang mati itu yang masih hidup, kepada datuk nenek atau datuk atau nenek penerima yang mati yang masih hidup pada tarikh itu.

Perdana Menteri hendaklah mengagihkan amaun yang akan dibayar

Section 5 — JASA PERKASA PERSEKUTUAN (REMEMBRANCE ALLOWANCE) ACT 2012