Malaysia legislation
Section 11
of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026
Seksyen 11
Kuasa pegawai penguat kuasa di kawasan ditetapkan
(1)
Bagi maksud melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura hendaklah mempunyai kuasa—
(a)
untuk menghendaki seseorang yang memasuki
Republik Singapura untuk mengemukakan dokumen perjalanan dan importnya bagi pemeriksaan dan mengemukakan data biometrik;
(b)
untuk menghendaki seseorang yang memasuki Republik
Singapura untuk memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang bertulis Republik Singapura bagi kemasukan termasuk perisytiharan dan maklumat dan dokumentasi berkaitan kesihatan;
(c)
untuk menjalankan temu bual bagi maksud fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;
(d)
untuk menjalankan pemeriksaan bagasi, kargo dan pemeriksaan badan dengan persetujuan;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 19
(e)
untuk menafikan kemasukan orang yang tidak diingini ke dalam Republik Singapura termasuk menafikan orang yang tidak diingini itu daripada menaiki mana-mana kereta api Rapid Transit System Link;
(f)
untuk menghendaki seseorang yang memasuki
Republik Singapura yang telah dijangkiti atau disyaki mempunyai, atau berisiko mempunyai, suatu penyakit berjangkit yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa atau yang membimbangkan
Kementerian Kesihatan Kerajaan Republik Singapura untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau tertakluk kepada pengasingan atau kuarantin;
(g)
untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan mana-mana orang yang telah dinafikan kemasukan ke Republik Singapura;
(h)
untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan mana-mana orang yang disyaki—
(i)
melakukan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Republik Singapura yang berhubungan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;
(ii)
terlibat dalam insiden yang menyentuh undang-undang dan ketenteraman Malaysia dan Republik Singapura sebagaimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Dua Hala; atau
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 884
(iii)
mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia;
(i)
untuk menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan seseorang yang memasuki Republik Singapura yang telah dijangkiti atau disyaki mempunyai, atau berisiko mempunyai, penyakit berjangkit yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa atau yang membimbangkan Kementerian
Kesihatan Kerajaan Republik Singapura untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau tertakluk kepada pengasingan atau kuarantin;
(j)
untuk menjalankan pemeriksaan badan terhadap seseorang yang ditahan atau disekat jika pegawai penguat kuasa
Republik Singapura mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia;
(k)
untuk membawa dan menggunakan alat penahanan seperti belantan, gari fleksi dan gari;
(l)
untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam menjalankan kuasa di bawah perenggan (g), (h), (i), (j)
dan (k); dan
(m)
untuk mengambil dan memindahkan, tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan—
(i)
apa-apa barang larangan atau terkawal yang dikesan semasa pemeriksaan pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin atau pemeriksaan badan; dan
(ii)
apa-apa barang lain yang dikesan semasa menjalankan kuasa di bawah perenggan (h) atau (j).
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 21
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“barang larangan atau terkawal” ertinya barang larangan atau terkawal dalam senarai yang disatukan secara bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
Singapura; dan
(b)
“Jawatankuasa Dua Hala” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan secara bersama oleh Kerajaan-Kerajaan di bawah Perjanjian Dua Hala.
(3)
Bagi maksud melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North, seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di bawah seksyen ini.
(4)
Pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini boleh—
(a)
atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan, membantu untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat mana-mana orang di kawasan ditetapkan yang disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar orang itu kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan; atau
(b)
meminta bantuan pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat mana-mana orang di kawasan ditetapkan dan pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan yang menerima permintaan itu, boleh mematuhi permintaan itu.