Seksyen 1
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rapid Transit System
Link Johor Bahru-Singapura 2026.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
/akn/my/act/act/2026/884
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026 is Malaysia Act, cited as Act 884 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Rapid Transit System
Link Johor Bahru-Singapura 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguatkuasaan Malaysia” ertinya—
Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 9
mana-mana agensi, jabatan atau pihak berkuasa lain yang ditentukan oleh Menteri;
“entiti perantara” ertinya suatu entiti yang dilantik oleh Kerajaan
Malaysia bagi maksud Perjanjian-Perjanjian;
“insiden keselamatan awam” ertinya suatu insiden yang terdapat ancaman bahaya atau bahaya sebenar yang timbul daripada suatu perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian secara besar-besaran dan yang menghendaki suatu tindak balas melebihi langkah-langkah rutin;
“insiden rentas sempadan” ertinya insiden kebakaran atau penyelamatan, insiden bahan berbahaya, kecemasan perubatan, atau insiden keselamatan awam yang berlaku—
di atas lintasan Rapid Transit System Link antara
Tiang 47 dengan Tiang 48; atau
di atas landasan Rapid Transit System Link antara
Tiang 47 dengan Tiang 48;
“kawasan ditetapkan” ertinya kawasan sebagaimana yang ditandakan dalam peta yang dinyatakan dalam Perjanjian-Perjanjian yang terdiri daripada—
kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan Republik Singapura;
arah laluan antara kawasan-kawasan yang disebut dalam subperenggan (i) dan (ii);
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 884
laluan dan bilik penyerahan bagi orang dalam jagaan; dan
kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan Malaysia;
arah laluan antara kawasan-kawasan yang disebut dalam subperenggan (i) dan (ii);
laluan dan bilik penyerahan bagi orang dalam jagaan; dan
pejabat tertutup bagi pegawai penguat kuasa
Malaysia;
“kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama” ertinya suatu kawasan di dalam kawasan ditetapkan yang fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan dilaksanakan di Stesen Bukit Chagar atau di Stesen Woodlands North;
“Kerajaan-Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Republik Singapura;
“kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit”
ertinya kereta api atau kenderaan perkhidmatan Rapid Transit
System Link yang dalam perjalanan di antara Stesen Bukit
Chagar dan Stesen Woodlands North, bermula ketika kereta api atau kenderaan perkhidmatan itu berlepas dari atau melalui salah satu daripada stesen-stesen ini sehingga ketika sebaik sebelum kereta api atau kenderaan perkhidmatan itu berhenti di atau melalui stesen yang sama apabila kembali atau berhenti di atau melalui stesen yang lain, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 11
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri di Malaysia;
“pegawai penguat kuasa Malaysia” ertinya seorang pegawai agensi penguatkuasaan Malaysia;
“pegawai penguat kuasa Republik Singapura” ertinya seorang pegawai agensi penguatkuasaan Republik Singapura;
“pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia” ertinya seorang pegawai awam yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan Malaysia untuk bertindak balas terhadap dan menguruskan suatu insiden rentas sempadan;
“pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura”
ertinya seorang pegawai awam yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan Republik Singapura untuk bertindak balas terhadap dan menguruskan suatu insiden rentas sempadan;
“Perjanjian-Perjanjian” ertinya Perjanjian Dua Hala dan Perjanjian
Tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik
Singapura yang berhubungan dengan Rapid Transit System Link
Johor Bahru-Singapura;
“Perjanjian Dua Hala” ertinya Perjanjian Dua Hala antara
Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura yang berhubungan dengan Rapid Transit System Link Johor
Bahru-Singapura;
“perkhidmatan Rapid Transit System Link” ertinya semua perkhidmatan kereta api penumpang yang beroperasi di antara
Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands North;
“Rapid Transit System Link” ertinya suatu jaringan kereta api yang merentasi Selat Johor bagi penyediaan perkhidmatan
Rapid Transit System Link dan termasuklah infrastruktur Rapid
Transit System Link dan aset Rapid Transit System Link;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 884
“Stesen Bukit Chagar” ertinya Stesen Rapid Transit System
Link Bukit Chagar di Johor Bahru di Malaysia;
“Stesen Woodlands North” ertinya Stesen Rapid Transit System
Link Woodlands North di Republik Singapura;
“tugas pengurusan insiden” ertinya fungsi keselamatan, pemadaman api, penyelamatan, tindak balas bahan berbahaya atau tindak balas perubatan;
“tugas rasmi” ertinya fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan.
Pemakaian
bagi pegawai penguat kuasa Malaysia yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North;
bagi pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar; dan
bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura yang melaksanakan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.
Akta hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang bertulis
Akta ini hendaklah terpakai—
Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama mana-mana undang-undang bertulis Malaysia yang lain yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dan pengurusan insiden rentas sempadan, dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis lain itu.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 13
Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain itu, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.
Perkiraan bersaling oleh Kerajaan Republik Singapura
Pemberian apa-apa tugas, kuasa, perlindungan atau keistimewaan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah
Akta ini menurut Perjanjian-Perjanjian adalah tertakluk dan bergantung kepada, Kerajaan Republik Singapura mengadakan peruntukan yang bersamaan dan bersaling berkenaan dengan pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia di bawah undang-undang bertulis
Republik Singapura.
Bahagian II
Entiti perantara
Entiti perantara hendaklah menyelaras, mengurus dan memudahkan pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen Woodlands North dan pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar.
Bahagian III
Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen
Woodlands North
Ketua Jabatan bagi agensi penguatkuasaan Malaysia boleh mengerah tugas apa-apa bilangan pegawai penguat kuasa Malaysia agensi penguatkuasaan itu sebagaimana yang perlu di Stesen
Woodlands North bagi maksud pegawai penguat kuasa Malaysia itu melaksanakan tugas rasmi.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 884
Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen
Woodlands North di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu Kerajaan Republik
Singapura yang hendaklah diberikan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh Kerajaan Republik Singapura menerima butiran lengkap mengenai pegawai penguat kuasa Malaysia itu daripada
Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Republik Singapura boleh menyebabkan supaya dikeluarkan suatu pas berkaitan kepada setiap pegawai penguat kuasa Malaysia yang pengerahan tugasnya telah diluluskan di bawah subseksyen (2).
Pegawai penguat kuasa Malaysia yang kepadanya telah dikeluarkan pas berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Republik Singapura, mengemukakan pasnya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen
Woodlands North.
Seorang pegawai penguat kuasa Malaysia boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Woodlands North, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.
Kerajaan Malaysia hendaklah memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasa Malaysia yang dikerah tugas di Stesen Woodlands North jika dikehendaki oleh Kerajaan
Republik Singapura.
Kerajaan Malaysia hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia di Stesen Woodlands North tamat, memberitahu
Kerajaan Republik Singapura secara bertulis.
Jika seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia dipanggil balik di bawah subseksyen (6) atau pengerahan tugasnya tamat,
Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan supaya pas berkaitan yang dikeluarkan kepada pegawai penguat kuasa Malaysia itu di bawah subseksyen (3) diserah balik kepada Kerajaan Republik
Singapura selewat-lewatnya pada hari terakhir pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia itu.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 15
Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar
Pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar bagi pelaksanaan tugas rasmi hendaklah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu Kerajaan Malaysia yang hendaklah diberikan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh Kerajaan Malaysia menerima butiran lengkap mengenai pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu daripada Kerajaan Republik Singapura.
Kerajaan Malaysia boleh menyebabkan supaya dikeluarkan suatu pas keselamatan kepada setiap pegawai penguat kuasa
Republik Singapura yang pengerahan tugasnya telah diluluskan di bawah subseksyen (1).
Pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang kepadanya telah dikeluarkan suatu pas keselamatan di bawah subseksyen (2)
hendaklah, atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia, mengemukakan pas keselamatannya atau keterangan mengenai identitinya yang lain untuk pengesahan semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar.
Seorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.
Kerajaan Malaysia boleh pada bila-bila masa, menghendaki
Kerajaan Republik Singapura untuk memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikerah tugas di Stesen Bukit Chagar tanpa memberikan apa-apa sebab dan Kerajaan Republik Singapura hendaklah memanggil balik pegawai penguat kuasa itu.
Kerajaan Republik Singapura hendaklah, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh pengerahan tugas seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura di Stesen Bukit Chagar tamat, memberitahu Kerajaan Malaysia secara bertulis.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 884
Jika seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura dipanggil balik di bawah subseksyen (5) atau pengerahan tugasnya tamat, Kerajaan Republik Singapura hendaklah memastikan supaya pas keselamatan yang dikeluarkan kepada pegawai penguat kuasa
Republik Singapura itu di bawah subseksyen (2) diserah balik kepada
Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya pada hari terakhir pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu.
Pengerahan tugas pegawai penguat kuasa dalam hal keadaan luar biasa
Walau apa pun seksyen 7 dan 8, Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan Republik Singapura dalam hal keadaan luar biasa, boleh, tanpa memperoleh kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada satu sama lain, mengerah tugas pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura untuk melaksanakan tugas rasmi di Stesen Bukit Chagar atau Stesen Woodlands North bagi tempoh tidak melebihi tiga hari dengan syarat bahawa sebelum pengerahan tugas itu—
Kerajaan yang mengerah tugas pegawai penguat kuasa memberitahu dengan seberapa segera yang praktik
Kerajaan yang satu lagi tentang hal keadaan luar biasa yang memerlukan pengerahan tugas itu dan memberikan
Kerajaan yang satu lagi butiran lengkap pegawai penguat kuasa yang akan dikerah tugas; dan
Kerajaan yang satu lagi telah mengaku terima penerimaan secara bertulis butiran lengkap sebagaimana yang diberikan oleh Kerajaan yang mengerah tugas.
Jika hal keadaan luar biasa itu terus wujud melebihi tiga hari, Kerajaan yang mengerah tugas boleh meminta daripada
Kerajaan yang satu lagi untuk kelulusan—
bagi melanjutkan pengerahan tugas pegawai penguat kuasanya bagi bilangan hari tertentu yang semunasabahnya perlu sehingga hal keadaan luar biasa itu telah berkurangan atau berakhir; atau
jika bilangan hari tertentu itu tidak mungkin dapat ditentukan, bagi meneruskan pengerahan tugas pegawai penguat kuasa itu tertakluk kepada peruntukan seksyen 7 dan 8.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 17
Sementara menunggu kelulusan bagi pelanjutan atau penerusan pengerahan tugas di bawah subseksyen (2), pegawai penguat kuasa itu boleh terus dikerah tugas di Stesen Bukit Chagar atau Stesen
Woodlands North, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seorang pegawai penguat kuasa Malaysia atau pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikerah tugas di bawah seksyen ini boleh, semasa melaksanakan tugas rasmi di Stesen
Bukit Chagar atau Stesen Woodlands North, mengikut mana-mana yang berkenaan, memakai pakaian seragam atau apa-apa lambang tersendiri yang jelas kelihatan agensi penguatkuasaannya.
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura boleh pada bila-bila masa, menghendaki Kerajaan yang satu lagi untuk memanggil balik mana-mana pegawai penguat kuasanya yang dikerah tugas di bawah seksyen ini tanpa memberikan apa-apa sebab.
Bagi maksud seksyen ini, “hal keadaan luar biasa” ertinya—
gangguan kepada sistem atau proses yang berhubungan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;
suatu kejadian kesihatan awam yang serius yang diisytiharkan sama ada oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik
Singapura;
penjalanan semula operasi perkhidmatan kereta api berikutan apa-apa penggantungan perkhidmatan itu; atau
apa-apa hal keadaan luar biasa lain sebagaimana yang dipersetujui oleh Kerajaan-Kerajaan.
Pengerahan tugas sebelum bermulanya perkhidmatan
Rapid Transit System Link
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura boleh, sebelum bermulanya perkhidmatan Rapid Transit
System Link, mengerah tugas pegawai penguat kuasanya di Stesen Woodlands North atau Stesen Bukit Chagar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud pegawai penguat kuasa itu menjalankan apa-apa kerja persediaan yang berkaitan dengan pelaksanaan tugas rasminya.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 884
Seksyen 7 dan 8 hendaklah terpakai bagi maksud pengerahan tugas pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di bawah seksyen ini.
Pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang dikerah tugas di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah dikerah tugas bagi maksud melaksanakan tugas rasmi dan hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diberikan terhadap dan perlindungan yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa yang melaksanakan tugas rasmi di bawah Akta ini.
Bahagian IV
Kuasa pegawai penguat kuasa di kawasan ditetapkan
Bagi maksud melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, seseorang pegawai penguat kuasa Republik Singapura hendaklah mempunyai kuasa—
untuk menghendaki seseorang yang memasuki
Republik Singapura untuk mengemukakan dokumen perjalanan dan importnya bagi pemeriksaan dan mengemukakan data biometrik;
untuk menghendaki seseorang yang memasuki Republik
Singapura untuk memberikan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang bertulis Republik Singapura bagi kemasukan termasuk perisytiharan dan maklumat dan dokumentasi berkaitan kesihatan;
untuk menjalankan temu bual bagi maksud fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;
untuk menjalankan pemeriksaan bagasi, kargo dan pemeriksaan badan dengan persetujuan;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 19
untuk menafikan kemasukan orang yang tidak diingini ke dalam Republik Singapura termasuk menafikan orang yang tidak diingini itu daripada menaiki mana-mana kereta api Rapid Transit System Link;
untuk menghendaki seseorang yang memasuki
Republik Singapura yang telah dijangkiti atau disyaki mempunyai, atau berisiko mempunyai, suatu penyakit berjangkit yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa atau yang membimbangkan
Kementerian Kesihatan Kerajaan Republik Singapura untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau tertakluk kepada pengasingan atau kuarantin;
untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan mana-mana orang yang telah dinafikan kemasukan ke Republik Singapura;
untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan mana-mana orang yang disyaki—
melakukan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Republik Singapura yang berhubungan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan;
terlibat dalam insiden yang menyentuh undang-undang dan ketenteraman Malaysia dan Republik Singapura sebagaimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Dua Hala; atau
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 884
untuk menahan, mengiringi atau menyekat, bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan seseorang yang memasuki Republik Singapura yang telah dijangkiti atau disyaki mempunyai, atau berisiko mempunyai, penyakit berjangkit yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa atau yang membimbangkan Kementerian
Kesihatan Kerajaan Republik Singapura untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau tertakluk kepada pengasingan atau kuarantin;
untuk menjalankan pemeriksaan badan terhadap seseorang yang ditahan atau disekat jika pegawai penguat kuasa
Republik Singapura mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia;
untuk membawa dan menggunakan alat penahanan seperti belantan, gari fleksi dan gari;
untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam menjalankan kuasa di bawah perenggan (g), (h), (i), (j)
dan (k); dan
untuk mengambil dan memindahkan, tanpa kelengahan tidak wajar kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan—
apa-apa barang larangan atau terkawal yang dikesan semasa pemeriksaan pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin atau pemeriksaan badan; dan
apa-apa barang lain yang dikesan semasa menjalankan kuasa di bawah perenggan (h) atau (j).
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 21
Bagi maksud seksyen ini—
“barang larangan atau terkawal” ertinya barang larangan atau terkawal dalam senarai yang disatukan secara bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik
Singapura; dan
“Jawatankuasa Dua Hala” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan secara bersama oleh Kerajaan-Kerajaan di bawah Perjanjian Dua Hala.
Bagi maksud melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North, seseorang pegawai penguat kuasa Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di bawah seksyen ini.
Pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini boleh—
atas permintaan oleh pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan, membantu untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat mana-mana orang di kawasan ditetapkan yang disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia bagi maksud memindahkan tanpa kelengahan tidak wajar orang itu kepada pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan; atau
meminta bantuan pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan untuk menangkap, menahan, mengiringi atau menyekat mana-mana orang di kawasan ditetapkan dan pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang berkaitan yang menerima permintaan itu, boleh mematuhi permintaan itu.
Undang-undang bertulis yang terpakai di kawasan ditetapkan
Bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi dan penjalanan kuasa di kawasan ditetapkan oleh pegawai penguat kuasa, undang-undang bertulis yang berikut hendaklah terpakai:
dalam hal seorang pegawai penguat kuasa Malaysia di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North, undang-undang bertulis Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual; dan
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 884
dalam hal seorang pegawai penguat kuasa Republik
Singapura di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar, undang-undang bertulis Republik Singapura yang berkaitan yang perlu bagi pelaksanaan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan.
Bahagian V
Pemberitahuan insiden rentas sempadan atau insiden lain
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Singapura hendaklah mengemukakan perkembangan semasa kepada satu sama lain—
mengenai apa-apa insiden lain yang melibatkan pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau Republik Singapura di atas lintasan Rapid Transit System Link, di atas landasan
Rapid Transit System Link, atau di dalam kereta api
Rapid Transit System Link semasa dalam transit.
Insiden rentas sempadan atau insiden lain yang berlaku di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit
Kerajaan Malaysia hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden itu jika perjalanan kereta api
Rapid Transit System Link disempurnakan di dalam wilayah Malaysia; atau
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 23
Kerajaan Republik Singapura hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden itu jika perjalanan kereta api
Rapid Transit System Link disempurnakan di dalam wilayah Republik Singapura.
Jika suatu insiden rentas sempadan berlaku atau telah berlaku di dalam kereta api Rapid Transit System Link yang dalam perjalanan dari Republik Singapura ke Malaysia tetapi terhenti sebelum Tiang 47 dan tidak dapat menyempurnakan perjalanannya, Kerajaan Republik Singapura hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.
Jika suatu insiden rentas sempadan berlaku atau telah berlaku di dalam kereta api Rapid Transit System Link yang dalam perjalanan dari Malaysia ke Republik Singapura tetapi terhenti sebelum Tiang 48 dan tidak dapat menyempurnakan perjalanannya,
Kerajaan Malaysia hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.
Jika suatu insiden rentas sempadan berlaku atau telah berlaku di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit yang berhenti merentangi Tiang 47 dan Tiang 48 dan tidak dapat menyempurnakan perjalanannya—
jika muncung kereta api Rapid Transit System Link yang dalam perjalanan dari Republik Singapura ke Malaysia telah melintasi Tiang 47, Kerajaan Malaysia hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu; dan
jika muncung kereta api Rapid Transit System Link yang dalam perjalanan dari Malaysia ke Republik Singapura telah melintasi Tiang 48, Kerajaan Republik Singapura hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 884
Bagi maksud subseksyen (4), tidak kira sama ada Kerajaan
Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura bertanggungjawab untuk pengurusan insiden rentas sempadan yang berlaku atau telah berlaku di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit—
jika pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia ialah yang pertama yang tiba di tempat kejadian insiden rentas sempadan yang pengurusannya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Republik Singapura, dia boleh memulakan operasi tindak balas kecemasan; dan
jika pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura ialah yang pertama yang tiba di tempat kejadian insiden rentas sempadan yang pengurusannya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Malaysia, dia boleh memulakan operasi tindak balas kecemasan.
Insiden rentas sempadan atau insiden lain yang berlaku di atas lintasan atau landasan Rapid Transit System Link
System Link semasa dalam transit—
Bagi maksud seksyen ini, jika suatu insiden rentas sempadan berlaku atau telah berlaku di atas lintasan Rapid Transit System
Link di antara Tiang 47 dan Tiang 48 atau di atas landasan
Rapid Transit System Link di antara Tiang 47 dan Tiang 48, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mana-mana Kerajaan yang pertama tiba di tempat kejadian insiden rentas sempadan boleh memulakan operasi tindak balas kecemasan.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 25
Bantuan dan sokongan
Jika bantuan atau sokongan dikehendaki oleh Kerajaan
Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura dalam menguruskan insiden rentas sempadan di bawah seksyen 14 dan 15, Kerajaan yang menghendaki apa-apa bantuan atau sokongan boleh meminta daripada Kerajaan yang satu lagi untuk memudahkan pengurusan insiden rentas sempadan dan Kerajaan yang menerima permintaan itu hendaklah mematuhi permintaan itu.
Pergerakan rentas sempadan semasa insiden rentas sempadan berlaku
Jika menjadi perlu bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dalam bertindak balas terhadap atau menguruskan insiden rentas sempadan untuk melintasi
Tiang 47 atau bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan
Republik Singapura untuk melintasi Tiang 48, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan masing-masing hendaklah mendapatkan keizinan terlebih dahulu Kerajaan Republik Singapura atau Kerajaan
Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum berbuat demikian.
Walau apa pun subseksyen (1), keizinan terlebih dahulu
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura tidak dikehendaki jika insiden rentas sempadan yang disebut dalam subseksyen (1) melibatkan operasi kebakaran atau penyelamatan atau tindak balas terhadap bahan berbahaya atau kecemasan perubatan, dengan syarat bahawa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik
Singapura, mengikut mana-mana yang berkenaan, dimaklumkan sebelum pegawai pengurusan insiden rentas sempadan itu melintasi
Tiang 47 atau Tiang 48.
Jika insiden rentas sempadan yang disebut dalam subseksyen (2) telah ditentukan selanjutnya turut melibatkan insiden keselamatan awam, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan yang telah memasuki wilayah Kerajaan yang satu lagi untuk bertindak balas terhadap atau menguruskan insiden rentas sempadan itu, boleh kekal di wilayah itu sehingga diarahkan selainnya oleh Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 884
Kuasa pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura
Seorang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan
Republik Singapura hendaklah, dalam melaksanakan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan di dalam wilayah Malaysia—
untuk menjalankan pemeriksaan;
untuk membawa atau menggunakan peralatan renjat atau senjata atau kelengkapan lain yang kurang membawa maut;
untuk membawa atau menggunakan senjata atau kelengkapan yang tidak membawa maut;
untuk mengalihkan apa-apa objek yang menghalang operasi;
untuk mengalihkan mana-mana orang yang nyawa, kesihatan atau keselamatannya, atau pada pendapat pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mungkin terancam;
untuk melarang pergerakan mana-mana orang dan menghentikan pergerakan kereta api atau kenderaan perkhidmatan Rapid Transit System
Link;
untuk memutuskan bekalan elektrik atau mengarahkan orang yang mempunyai kawalan terhadap bekalan itu untuk memutuskan bekalan elektrik;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 27
untuk menghendaki mana-mana orang yang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mempunyai sebab untuk mengesyaki telah terdedah kepada bahan berbahaya untuk menjalani pemeriksaan perubatan atau rawatan perubatan;
untuk merampas apa-apa barang yang pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mempunyai sebab untuk mengesyaki telah tercemar oleh bahan berbahaya dan melupuskan barang itu;
dan
untuk menggunakan kekerasan yang munasabah dalam menjalankan kuasa di bawah subperenggan (i) hingga (x); dan
mempunyai kuasa di bawah seksyen 11 dengan ubah suaian yang perlu dan setakat mana yang boleh dipakai.
Pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura boleh menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1)—
di atas lintasan Rapid Transit System Link di antara
Tiang 47 dan Tiang 48, termasuk landasan di atasnya;
di dalam kereta api atau kenderaan perkhidmatan
Rapid Transit System Link semasa dalam transit; dan
di mana-mana kawasan sekitar yang dikehendaki secara munasabah untuk pelaksanaan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan.
Bagi maksud melaksanakan tugas pengurusan insiden di dalam wilayah Republik Singapura, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah mempunyai kuasa yang sama yang diberikan kepada pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 884
Bahagian VI
Bidang kuasa jenayah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit dan di atas lintasan dan landasan
Rapid Transit System Link
Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik Singapura jika perbuatan atau peninggalan itu dilakukan di kawasan yang berikut:
di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit tetapi tidak termasuk platform kereta api;
di atas lintasan Rapid Transit System Link di antara
Tiang 47 dan Tiang 48; atau
Jika suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik
Singapura dilakukan di dalam kawasan yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan Kerajaan-Kerajaan boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu, Kerajaan yang di dalam wilayahnya perjalanan kereta api itu disempurnakan hendaklah mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya.
Jika suatu perbuatan atau peninggalan yang merupakan kesalahan di bawah undang-undang bertulis Malaysia atau Republik
Singapura melibatkan suatu insiden rentas sempadan dan dilakukan di kawasan yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c)
dan Kerajaan-Kerajaan boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu, Kerajaan yang bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan yang timbul daripada kesalahan itu hendaklah mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 29
Jika mana-mana Kerajaan yang mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya yang disebut dalam subseksyen (2) dan (3) memutuskan untuk tidak menjalankan hak itu, Kerajaan yang membuat keputusan itu hendaklah memaklumkan keputusannya kepada Kerajaan yang satu lagi tanpa kelengahan tidak wajar dan Kerajaan yang satu lagi boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan kesalahan itu.
Jika Kerajaan yang satu lagi memutuskan untuk tidak menjalankan bidang kuasa jenayahnya di bawah subseksyen (4),
Kerajaan yang mempunyai hak utama untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya mempunyai kewajipan untuk menjalankan bidang kuasa jenayahnya mengikut undang-undang bertulisnya.
Bidang kuasa jenayah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North
Kerajaan Malaysia boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis
Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual yang dilakukan berkaitan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North.
Bidang kuasa mahkamah Malaysia
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis
Malaysia yang lain, apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia yang bidang kuasa jenayahnya diperuntukkan di bawah Akta ini, boleh disiasat atau dibicarakan di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di Malaysia dan jika kesalahan itu dilakukan di luar Malaysia, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 884
Bahagian VII
Perlindungan pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan
Republik Singapura
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di Malaysia atau melalui apa-apa cara pentadbiran terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura disebabkan atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam penjalanan pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar.
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) yang boleh menghalang apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain atau cara pentadbiran lain yang boleh diambil terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu di Republik Singapura berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam penjalanan pelaksanaan tugas rasminya di bawah Akta ini di kawasan ditetapkan di Stesen
Bukit Chagar.
Perlindungan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura di bawah subseksyen (1) hendaklah terus terpakai walaupun pegawai penguat kuasa itu telah terhenti daripada menjadi pegawai penguat kuasa Republik Singapura.
Perlindungan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa
Republik Singapura di bawah subseksyen (1) boleh diketepikan oleh Kerajaan Republik Singapura, secara bertulis olehnya sendiri atau atas permintaan oleh Kerajaan Malaysia.
Perlindungan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan pengurusan insiden rentas sempadan, walaupun pegawai pengurusan insiden rentas sempadan itu tidak berada di dalam wilayah Malaysia.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 31
Bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North dan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan, pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah menikmati perlindungan yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah seksyen ini.
Perlindungan dokumen rasmi, dsb., Republik Singapura
Kerajaan Malaysia hendaklah memastikan bahawa semua dokumen, peranti dan kelengkapan rasmi Kerajaan Republik
Singapura tidak boleh dicabul pada setiap masa di kawasan yang berikut di dalam wilayah Malaysia:
Stesen Bukit Chagar, termasuk kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan
tempat letak kereta yang ditetapkan untuk pegawai penguat kuasa Republik Singapura;
mana-mana laluan pejalan kaki yang menghubungkan mana-mana kawasan yang disebut dalam perenggan (a)
hingga (d); dan
Kerajaan Republik Singapura hendaklah memastikan bahawa semua dokumen, peranti dan kelengkapan rasmi Kerajaan Malaysia tidak boleh dicabul pada setiap masa di kawasan yang berikut di dalam wilayah Republik Singapura:
Stesen Woodlands North, termasuk kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan
Malaysia;
mana-mana laluan pejalan kaki yang menghubungkan mana-mana kawasan yang disebut dalam perenggan (a)
hingga (d); dan
Perlindungan data
Apa-apa maklumat atau data yang dikumpul atau dijana oleh mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen
Bukit Chagar hendaklah—
dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat atau data itu dikumpul atau dijana di dalam wilayah
ditadbir oleh undang-undang bertulis Republik Singapura, termasuk yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi dan rahsia rasmi terhadap akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.
Apa-apa maklumat atau data yang dikumpul atau dijana oleh mana-mana pegawai penguat kuasa Malaysia dalam pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North hendaklah—
dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat atau data itu dikumpul atau dijana di dalam wilayah
Malaysia; dan
ditadbir oleh undang-undang bertulis Malaysia, termasuk yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi dan rahsia rasmi terhadap akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 33
Apa-apa maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi Kerajaan Malaysia di dalam kawasan yang disebut dalam perenggan 23(2)(a)
hingga (e) di Stesen Woodlands North hendaklah dikira oleh
Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat dan data itu berada di dalam wilayah Malaysia dan hendaklah ditadbir oleh undang-undang bertulis Malaysia dan dasar Kerajaan Malaysia.
Apa-apa maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi Kerajaan Republik
Singapura yang terletak di kawasan yang disebut dalam perenggan 23(1)(a) hingga (e) di Stesen Bukit Chagar hendaklah dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat dan data itu berada di dalam wilayah Republik Singapura dan hendaklah ditadbir oleh undang-undang bertulis Republik Singapura dan dasar Kerajaan Republik Singapura.
Perlindungan di bawah seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi—
data yang dikumpul atau dijana oleh pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insiden mereka berkenaan dengan insiden rentas sempadan; dan
maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura semasa pengurusan insiden rentas sempadan.
Perkiraan yang berhubungan dengan barangan pegawai penguat kuasa Republik Singapura
Kerajaan Malaysia hendaklah memudahkan pengeluaran apa-apa perisytiharan, lesen, permit atau kelulusan yang dikehendaki di bawah undang-undang bertulis Malaysia untuk kemasukan dan pengeluaran barangan untuk kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan di Stesen
Bukit Chagar.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 884
Atas permohonan daripada Kerajaan Republik Singapura,
Kerajaan Malaysia hendaklah mengecualikan barangan untuk kegunaan rasmi pegawai penguat kuasa Republik Singapura di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar daripada pembayaran apa-apa duti kastam, duti eksais atau cukai lain di bawah undang-undang bertulis Malaysia.
Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi barangan untuk kegunaan rasmi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.
Kerajaan Republik Singapura hendaklah membuat perkiraan yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini untuk terpakai bagi barangan untuk kegunaan rasmi bagi—
pegawai penguat kuasa Malaysia di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North; dan
pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dalam pelaksanaan tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.
Peruntukan yang berhubungan dengan kesalahan terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura
Bagi maksud undang-undang bertulis Malaysia yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan terhadap pekhidmat awam, pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura hendaklah, semasa melaksanakan tugas rasmi atau tugas pengurusan insidennya berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan di Malaysia, disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 35
Bahagian VIII
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang bertulis yang berkaitan di Malaysia, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.
JADUAL
[Subseksyen 4(1), perenggan 12(a), dan seksyen 20 dan 28]
UNDANG-UNDANG BERTULIS MALAYSIA
1.
Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017
[Akta 795]
2.
Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678]
3.
Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]
4.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852]
5.
Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332]
6.
Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504]
7.
Akta Kastam 1967 [Akta 235]
8.
Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]
9.
Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan
Pemulihan) 1983 [Akta 283]
10.
Akta Eksais 1976 [Akta 176]
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 884
11.
Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620]
12.
Akta Makanan 1983 [Akta 281]
13.
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]
14.
Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024
[Akta 860]
15.
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
[Akta 728]
16.
Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737]
17.
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 [Akta 638]
18.
Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]
19.
Akta Pasport 1966 [Akta 150]
20.
Akta Racun 1952 [Akta 366]
21.
Akta Polis 1967 [Akta 344]
22.
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
23.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]
24.
Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 [Akta 326]
25.
Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806]
26.
Akta Jualan Dadah 1952 [Akta 368]
27.
Akta Perdagangan Strategik 2010 [Akta 708]
28.
Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815]
29.
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]
30.
Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam 2008
[Akta 686]
31.
Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641]
32.
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 [Akta 154]
33.
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715]
34.
Akta Senjata 1960 [Akta 206]
35.
Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298]
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 37
36.
Kanun Keseksaan [Akta 574]
37.
Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]
38.
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
39.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759]
40.
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan
Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]