Malaysia legislation

Section 22

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 22

Republik Singapura

(1)

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di Malaysia atau melalui apa-apa cara pentadbiran terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura disebabkan atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam penjalanan pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) yang boleh menghalang apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain atau cara pentadbiran lain yang boleh diambil terhadap pegawai penguat kuasa Republik Singapura itu di Republik Singapura berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dalam penjalanan pelaksanaan tugas rasminya di bawah Akta ini di kawasan ditetapkan di Stesen

Bukit Chagar.

(3)

Perlindungan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura di bawah subseksyen (1) hendaklah terus terpakai walaupun pegawai penguat kuasa itu telah terhenti daripada menjadi pegawai penguat kuasa Republik Singapura.

(4)

Perlindungan yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa

Republik Singapura di bawah subseksyen (1) boleh diketepikan oleh Kerajaan Republik Singapura, secara bertulis olehnya sendiri atau atas permintaan oleh Kerajaan Malaysia.

(5)

Perlindungan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan pengurusan insiden rentas sempadan, walaupun pegawai pengurusan insiden rentas sempadan itu tidak berada di dalam wilayah Malaysia.

Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 31

(6)

Bagi maksud pelaksanaan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North dan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan insiden rentas sempadan, pegawai penguat kuasa Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia hendaklah menikmati perlindungan yang sama yang diberikan kepada pegawai penguat kuasa Republik Singapura dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura di bawah seksyen ini.

Section 22 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026