Malaysia legislation

Section 24

of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026

Seksyen 24

Perlindungan data

(1)

Apa-apa maklumat atau data yang dikumpul atau dijana oleh mana-mana pegawai penguat kuasa Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen

Bukit Chagar hendaklah—

(a)

dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat atau data itu dikumpul atau dijana di dalam wilayah

(b)

ditadbir oleh undang-undang bertulis Republik Singapura, termasuk yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi dan rahsia rasmi terhadap akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.

(2)

Apa-apa maklumat atau data yang dikumpul atau dijana oleh mana-mana pegawai penguat kuasa Malaysia dalam pelaksanaan tugas rasminya di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North hendaklah—

(a)

dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat atau data itu dikumpul atau dijana di dalam wilayah

Malaysia; dan

(b)

ditadbir oleh undang-undang bertulis Malaysia, termasuk yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi dan rahsia rasmi terhadap akses, penggunaan atau pendedahan tanpa kebenaran.

Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 33

(3)

Apa-apa maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi Kerajaan Malaysia di dalam kawasan yang disebut dalam perenggan 23(2)(a)

hingga (e) di Stesen Woodlands North hendaklah dikira oleh

Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat dan data itu berada di dalam wilayah Malaysia dan hendaklah ditadbir oleh undang-undang bertulis Malaysia dan dasar Kerajaan Malaysia.

(4)

Apa-apa maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi Kerajaan Republik

Singapura yang terletak di kawasan yang disebut dalam perenggan 23(1)(a) hingga (e) di Stesen Bukit Chagar hendaklah dikira oleh Kerajaan-Kerajaan seolah-olah maklumat dan data itu berada di dalam wilayah Republik Singapura dan hendaklah ditadbir oleh undang-undang bertulis Republik Singapura dan dasar Kerajaan Republik Singapura.

(5)

Perlindungan di bawah seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi—

(a)

data yang dikumpul atau dijana oleh pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura dalam pelaksanaan tugas pengurusan insiden mereka berkenaan dengan insiden rentas sempadan; dan

(b)

maklumat atau data yang terkandung dalam dokumen, peranti atau kelengkapan rasmi yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Republik Singapura semasa pengurusan insiden rentas sempadan.

Section 24 — JOHOR BAHRU-SINGAPORE RAPID TRANSIT SYSTEM LINK ACT 2026