Malaysia legislation
Section 2
of AKTA RAPID TRANSIT SYSTEM LINK JOHOR BAHRU-SINGAPURA 2026
Seksyen 2
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguatkuasaan Malaysia” ertinya—
(a)
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia;
(b)
Polis Diraja Malaysia;
(c)
Jabatan Kastam Diraja Malaysia;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 9
(d)
Agensi Antidadah Kebangsaan;
(e)
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian
Dalam Negeri; atau
(f)
mana-mana agensi, jabatan atau pihak berkuasa lain yang ditentukan oleh Menteri;
“entiti perantara” ertinya suatu entiti yang dilantik oleh Kerajaan
Malaysia bagi maksud Perjanjian-Perjanjian;
“insiden keselamatan awam” ertinya suatu insiden yang terdapat ancaman bahaya atau bahaya sebenar yang timbul daripada suatu perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian secara besar-besaran dan yang menghendaki suatu tindak balas melebihi langkah-langkah rutin;
“insiden rentas sempadan” ertinya insiden kebakaran atau penyelamatan, insiden bahan berbahaya, kecemasan perubatan, atau insiden keselamatan awam yang berlaku—
(a)
di dalam kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit;
(b)
di atas lintasan Rapid Transit System Link antara
Tiang 47 dengan Tiang 48; atau
(c)
di atas landasan Rapid Transit System Link antara
Tiang 47 dengan Tiang 48;
“kawasan ditetapkan” ertinya kawasan sebagaimana yang ditandakan dalam peta yang dinyatakan dalam Perjanjian-Perjanjian yang terdiri daripada—
(a)
berhubung dengan Stesen Bukit Chagar—
(i)
kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan Republik Singapura;
(ii)
platform kereta api berlepas;
(iii)
arah laluan antara kawasan-kawasan yang disebut dalam subperenggan (i) dan (ii);
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 884
(iv)
bilik pemantauan televisyen litar tertutup bersama;
(v)
laluan dan bilik penyerahan bagi orang dalam jagaan; dan
(vi)
pejabat tertutup bagi pegawai penguat kuasa
(b)
berhubung dengan Stesen Woodlands North—
(i)
kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama Kerajaan Malaysia;
(ii)
platform kereta api berlepas;
(iii)
arah laluan antara kawasan-kawasan yang disebut dalam subperenggan (i) dan (ii);
(iv)
bilik pemantauan televisyen litar tertutup bersama;
(v)
laluan dan bilik penyerahan bagi orang dalam jagaan; dan
(vi)
pejabat tertutup bagi pegawai penguat kuasa
Malaysia;
“kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin terletak bersama” ertinya suatu kawasan di dalam kawasan ditetapkan yang fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan dilaksanakan di Stesen Bukit Chagar atau di Stesen Woodlands North;
“Kerajaan-Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Republik Singapura;
“kereta api Rapid Transit System Link semasa dalam transit”
ertinya kereta api atau kenderaan perkhidmatan Rapid Transit
System Link yang dalam perjalanan di antara Stesen Bukit
Chagar dan Stesen Woodlands North, bermula ketika kereta api atau kenderaan perkhidmatan itu berlepas dari atau melalui salah satu daripada stesen-stesen ini sehingga ketika sebaik sebelum kereta api atau kenderaan perkhidmatan itu berhenti di atau melalui stesen yang sama apabila kembali atau berhenti di atau melalui stesen yang lain, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu;
Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 11
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri di Malaysia;
“pegawai penguat kuasa Malaysia” ertinya seorang pegawai agensi penguatkuasaan Malaysia;
“pegawai penguat kuasa Republik Singapura” ertinya seorang pegawai agensi penguatkuasaan Republik Singapura;
“pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia” ertinya seorang pegawai awam yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan Malaysia untuk bertindak balas terhadap dan menguruskan suatu insiden rentas sempadan;
“pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik Singapura”
ertinya seorang pegawai awam yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan Republik Singapura untuk bertindak balas terhadap dan menguruskan suatu insiden rentas sempadan;
“Perjanjian-Perjanjian” ertinya Perjanjian Dua Hala dan Perjanjian
Tambahan antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik
Singapura yang berhubungan dengan Rapid Transit System Link
Johor Bahru-Singapura;
“Perjanjian Dua Hala” ertinya Perjanjian Dua Hala antara
Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Singapura yang berhubungan dengan Rapid Transit System Link Johor
Bahru-Singapura;
“perkhidmatan Rapid Transit System Link” ertinya semua perkhidmatan kereta api penumpang yang beroperasi di antara
Stesen Bukit Chagar dan Stesen Woodlands North;
“Rapid Transit System Link” ertinya suatu jaringan kereta api yang merentasi Selat Johor bagi penyediaan perkhidmatan
Rapid Transit System Link dan termasuklah infrastruktur Rapid
Transit System Link dan aset Rapid Transit System Link;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 884
“Stesen Bukit Chagar” ertinya Stesen Rapid Transit System
Link Bukit Chagar di Johor Bahru di Malaysia;
“Stesen Woodlands North” ertinya Stesen Rapid Transit System
Link Woodlands North di Republik Singapura;
“tugas pengurusan insiden” ertinya fungsi keselamatan, pemadaman api, penyelamatan, tindak balas bahan berbahaya atau tindak balas perubatan;
“tugas rasmi” ertinya fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan.