Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PROSIDING KEHAKIMAN (PENGAWALSELIAAN LAPORAN) 1962

Seksyen 2

Tafsiran

"prosiding domestik" ertinya prosiding—

(a)

di bawah Akta Penjagaan Budak 1961 [Akta 351], Ordinan Penjagaan Budak bagi Sabah [Bab 54] dan Ordinan Penjagaan Budak bagi Sarawak [Bab 93];

(b)

di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263], Ordinan Nafkah 1959 bagi Sabah [Ord. 7 tahun 1959];

(c)

di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34]; dan

$ ^{} ( d ) $ di bawah seksyen 12 Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], selain prosiding bagi menguatkuasakan sesuatu perintah yang dibuat di bawah peruntukan undang-undang yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b), atau bagi mengubah apa-apa kehendak bagi pembayaran wang yang terkandung dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah peruntukan tersebut, atau dalam sesuatu perintah yang dibuat atau disahkan di bawah Akta yang tersebut dalam perenggan (c);

"prosiding kehakiman" termasuklah prosiding di hadapan manamana mahkamah, tribunal atau orang yang melalui undang-undang mempunyai kuasa untuk mendengar, menerima dan memeriksa keterangan dengan sumpah.

Sekatan ke atas penerbitan laporan

Section 2 — JUDICIAL PROCEEDINGS (REGULATION OF REPORTS) ACT 1962