Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PROSIDING KEHAKIMAN (PENGAWALSELIAAN LAPORAN) 1962

Seksyen 3

Tidak sah di sisi undang-undang bagi tuan punya, pengarang atau penerbit sesuatu akhbar atau majalah berkala untuk mencetak atau menerbitkan atau menyebabkan atau mendapatkan supaya dicetak atau diterbitkan—

(a)

berhubung dengan mana-mana prosiding kehakiman apaapa perkara yang lucah atau perincian perubatan, pembedahan atau fisiologi yang lucah yang merupakan perkara atau perincian yang penerbitannya dikira akan menyebabkan kerosakan moral awam; dan

(b)

(i)

berhubung dengan mana-mana prosiding kehakiman bagi pembubaran perkahwinan, pemansuhan perkahwinan, perpisahan kehakiman atau restitusi hak suami isteri; atau

(ii)

berhubung dengan mana-mana prosiding domestik, apa-apa butir selain yang berikut, iaitu:

(I)

nama, alamat dan pekerjaan pihak dan saksi;

(II)

alasan permohonan atau suatu pernyataan ringkas mengenai pertuduhan, pembelaan dan pertuduhan balas yang bagi menyokongnya keterangan telah diberikan;

(III)

penghujahan mengenai apa-apa perkara undangundang yang berbangkit di mahkamah tentangprosiding itu dan keputusan mahkamahmengenainya; dan

(IV)

penghakiman mahkamah dan apa-apa pandangan yang dibuat oleh mahkamah apabila memberikan penghakiman itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini boleh dianggap sebagai membenarkan penerbitan sesuatu yang berlawanan dengan perenggan (a).

Penalti

Section 3 — JUDICIAL PROCEEDINGS (REGULATION OF REPORTS) ACT 1962