Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, pekerja berpengetahuan ialah seseorang yang telah memenuhi apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dan—
(a)
yang memegang ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana dalam mana-mana bidang profesional daripada suatu universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan
Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam bidang profesional yang berkaitan;
(b)
yang memegang ijazah kedoktoran falsafah dalam mana-mana bidang berkaitan daripada suatu universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan
Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau
P.U. (A) 330 5
(c)
yang memegang sijil profesional dalam mana-mana bidang teknikal daripada suatu institusi atau universiti yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya lima belas tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknikal yang berkaitan.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), Menteri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan mana-mana orang yang layak daripada syarat yang disebut dalam subkaedah (1).
Pendapatan yang boleh dikenakan cukai