Skip to content

Seksyen 5

Syarikat yang ditetapkan

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Penentuan Pekerja Berpengetahuan dan Aktiviti yang Layak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur) 2023

P.U. (A)In forceProvision 5 of 7
Seksyen 5

(1)

Syarikat yang ditetapkan yang disebut dalam Kaedah-Kaedah ini ialah suatu syarikat yang—

(a)

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777];

(b)

bermastautin di Malaysia;

(c)

menjalankan suatu aktiviti yang layak dalam Taman Perindustrian

Malaysia-China Kuantan; dan

(d)

memenuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

(2)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, “Taman Perindustrian Malaysia-China

Kuantan” ertinya suatu kawasan yang ditetapkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai

Timur sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi

Pantai Timur.