Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023

Seksyen 13

Permintaan untuk pemakaian ke belakang

(1)

Tertakluk kepada subkaedah (3), pembayar cukai boleh meminta kepada

Ketua Pengarah suatu pemakaian ke belakang untuk perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan awal pelbagai hala jika—

(a)

cadangan metodologi harga pindahan itu adalah berkaitan dengan ketetapan isu harga pindahan dalam tahun-tahun taksiran sebelumnya; dan 11

(b)

fakta dan hal keadaan tertentu yang berlaku sepanjang tahun taksiran sebelumnya itu sebahagian besarnya adalah sama dengan tempoh yang diliputi, tertakluk kepada pengesahan melalui audit.

(2)

Bagi maksud kaedah ini, “pemakaian ke belakang” ertinya pemakaian terma dan syarat suatu perkiraan harga awal bagi tahun-tahun taksiran sebelumnya.

(3)

Pemakaian ke belakang hendaklah dibenarkan tidak melebihi dari tiga tahun taksiran terakhir sebelum tempoh yang diliputi.

(4)

Bagi maksud kaedah ini, pemakaian ke belakang adalah tidak terpakai jika—

(a)

audit cukai telah dilakukan oleh Ketua Pengarah untuk tahun-tahun taksiran sebelumnya;

(b)

pengakuan sukarela untuk kes harga pindahan telah dikemukakan oleh pembayar cukai untuk tahun-tahun taksiran sebelumnya;

(c)

perkara yang mengenainya perkiraan harga awal itu dipohon telah diputuskan oleh Pesuruhjaya Khas atau mahkamah; dan

(d)

melainkan dinyatakan sebaliknya di dalam perkiraan harga awal, pembayar cukai tidak menyerahkan pengiraan cukai terpinda untuk tahun-tahun pemakaian ke belakang dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh perkiraan harga awal ditandatangani.

Pemfailan laporan pematuhan perkiraan harga awal

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023