Malaysia legislation
Section 14
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (PERKIRAAN HARGA AWAL) 2023
Seksyen 14
(1)
Jika pembayar cukai telah membuat suatu perkiraan harga awal, pembayar cukai itu hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu laporan pematuhan untuk setiap tahun taksiran tempoh yang diliputi dan laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang membentuk tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
12
(2)
Laporan pematuhan yang disebut dalam subkaedah
(1)
hendaklah termasuk—
(a)
suatu salinan penyata kewangan teraudit yang berkaitan bagi pembayar cukai, dan dalam hal perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala, suatu penyata yang sama oleh orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi itu;
(b)
suatu salinan laporan dan analisis yang termasuk struktur pemilikan oleh entiti dalam dan luar negara yang terlibat dalam transaksi yang diliputi, carta organisasi tempatan, butiran berkenaan transaksi yang diliputi dan butiran berkenaan perjalanan transaksi yang diliputi;
(c)
suatu laporan mengenai transaksi yang diliputi yang berkaitan dan amaun yang dikehendaki untuk dilaporkan masing-masing oleh pembayar cukai dan, dalam hal perkiraan harga awal dua hala atau perkiraan harga awal pelbagai hala, suatu laporan yang sama oleh orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi itu;
(d)
suatu perihalan tentang apa-apa perubahan yang material dalam kaedah atau prinsip perakaunan kewangan atau cukai yang digunakan berkenaan dengan transaksi yang diliputi yang berlainan daripada kaedah atau prinsip yang dinyatakan dalam perkiraan harga awal, dan jika tiada apa-apa perubahan yang material, suatu pernyataan yang mengesahkan keadaan itu;
(e)
suatu perihalan tentang apa-apa kegagalan dan sebab bagi kegagalan itu untuk memenuhi suatu andaian kritikal dan jika tiada apa-apa kegagalan, suatu penyataan yang mengesahkan keadaan itu;
13
(f)
suatu analisis tentang apa-apa pelarasan ganti rugi yang dikehendaki di bawah perkiraan harga awal, dan cara bayaran berkaitan yang telah atau akan dibuat;
(g)
catatan perakaunan relevan berkaitan pelarasan ganti rugi untuk pembayar cukai dan entiti asing untuk memastikan yang kedudukan ekonomi dan cukai harga selengan tersebut adalah sejajar;
(h)
semua maklumat dan pengiraan yang perlu bagi menyokong pemakaian metodologi harga pindahan bagi transaksi yang diliputi dan keputusan yang mematuhi metodologi harga pindahan untuk tahun taksiran tersebut;
(i)
semua dokumen yang berkaitan dengan hal keadaan tertentu pembayar cukai dan orang lain yang terlibat dalam transaksi yang diliputi; dan
(j)
dokumen berkaitan lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Pelarasan ganti rugi