Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGAMBILAN SYARIKAT MILIK ASING) 2013
Seksyen 5
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat milik tempatan yang⎼⎼
(a)
mengemukakan suatu permohonan untuk potongan bagi kos pengambilan syarikat milik asing pada atau selepas 3 Julai 2012 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2016 kepada Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia, dan permohonan tersebut telah diluluskan oleh
Menteri;
(b)
memperoleh sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus modal berbayar berkenaan dengan saham biasa syarikat milik asing dalam bentuk transaksi tunai;
(c)
menggunakan teknologi tinggi yang diperoleh daripada syarikat asing tersebut dalam perniagaannya bagi maksud mewujudkan atau meningkatkan suatu permintaan terhadap pengeluaran produk dalam
Malaysia atau perkhidmatan yang disediakan dalam
Malaysia, sebagaimana yang berkenaan dan dengan tujuan menggunakan teknologi tersebut bagi—
5
(i)
pengeluaran atau pembaikan bahan, peralatan, produk, keluaran atau proses; atau
(ii)
pembaikan proses atau mutu perkhidmatan terpilih; dan
(d)
tidak mendapat apa-apa insentif di bawah Akta Penggalakan
Pelaburan 1986 [Akta 327] kecuali taraf perintis atau elaun cukai pelaburan sebagai suatu syarikat berteknologi tinggi.
Potongan