Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGAMBILAN SYARIKAT MILIK ASING) 2013

Seksyen 6

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan daripada perniagaan suatu syarikat milik tempatan yang telah membayar kos bagi pengambilan suatu syarikat milik asing dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan satu per lima daripada kos itu bagi tahun taksiran itu dan bagi setiap empat tahun taksiran berikutnya.

(2)

Kos pengambilan syarikat milik asing yang diluluskan oleh Menteri hendaklah disifatkan telah dibuat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang terdapat tarikh penyelesaian penuh bagi pengambilan itu sebagaimana yang ditentusahkan oleh

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(3)

Pengambilan itu mestilah selesai dalam tempoh tiga tahun dari tarikh permohonan kepada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(4)

Tertakluk kepada subkaedah (5), jika kos pengambilan syarikat milik asing dibayar oleh suatu syarikat perintis, syarikat perintis itu boleh membuat pilihan untuk potongan yang disebut dalam subkaedah (1) dibenarkan bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas pertama berkenaan dengan perniagaan selepas perintis dan empat tahun taksiran yang berikutnya.

6

(5)

Jika modal berbayar berkenaan dengan saham biasa bagi pengambilan syarikat milik asing dilupuskan dalam tempoh lima tahun dari tarikh penyempurnaan pengambilan itu, potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditarik balik dan dianggap sebagai pendapatan kasar syarikat milik tempatan dalam tahun taksiran yang saham tersebut dilupuskan dalam tahun taksiran berkenaan jika potongan tersebut dibenarkan.

(6)

Dalam kaedah ini⎼⎼

(a)

“dilupuskan” ertinya menjual, memindah hak, memindah milik atau menyerah hak, atau memberi milik dengan atau tanpa balasan; dan

(b)

“perniagaan selepas perintis” dan “syarikat perintis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2

Akta Penggalakan Pelaburan 1986.

Ketidaklayakan untuk mendapat potongan

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI KOS PENGAMBILAN SYARIKAT MILIK ASING) 2013