Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Program Pembangunan Vendor ialah suatu program yang diluluskan oleh
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri, yang akan dilaksanakan oleh syarikat induk dalam membangunkan syarikat vendor baharu atau mengukuhkan pembangunan syarikat vendor sedia ada, di peringkat domestik dan antarabangsa.
(2)
Syarikat vendor yang disebut dalam subkaedah (1) ialah suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
(b)
yang bermastautin di Malaysia; dan
(c)
yang merupakan pengilang atau pembekal komponen, atau penyedia perkhidmatan kepada syarikat induk di bawah Program
Pembangunan Vendor.
Potongan