Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat induk daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan ke atas amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat induk itu untuk melaksanakan aktiviti yang berikut berhubung dengan Program
Pembangunan Vendor dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu:
(a)
aktiviti berhubung dengan pembangunan produk iaitu pembangunan kualiti produk, inovasi produk atau penyelidikan dan pembangunan;
(b)
aktiviti berhubung dengan penambahbaikan kemampuan iaitu program pensijilan, program penilaian atau rekayasa semula proses perniagaan; atau 4
(c)
aktiviti berhubung dengan modal insan iaitu latihan kemahiran teknikal, pengurusan kejat, sistem pengurusan kewangan atau pembinaan keupayaan.
(2)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat induk itu.
(3)
Amaun perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah ditentusahkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri dan jumlah amaun perbelanjaan itu tidak boleh melebihi tiga ratus ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran:
Dengan syarat bahawa perbelanjaan itu tidaklah termasuk perbelanjaan modal yang dilakukan atas loji, jentera, lekapan, tanah, premis, bangunan, struktur atau kerja yang bersifat tetap atau atas perubahan, penambahan atau perluasan ke atasnya atau dalam pemerolehan apa-apa hak dalam atau atas mana-mana harta, yang dilakukan oleh syarikat induk itu.
(4)
Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi tempoh tiga tahun taksiran berturut-turut bermula dari tahun taksiran dalam tempoh asas yang perbelanjaan pertama yang dinyatakan dalam subkaedah (1) dilakukan.
Dibuat 10 Jun 2014
[Perb. 0.3865/73(SJ.113); LHDN 01/35/(S)/42/51/231-17.15; PN(PU2)80/LXXV]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]
5
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE IN RELATION TO VENDOR
DEVELOPMENT PROGRAMME) RULES 2014