Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BERHUBUNGAN DENGAN TRANSAKSI DENGAN BUKANAHLI BAGI KELAB, PERSATUAN ATAU INSTITUSI SERUPA) 2011

Seksyen 3

Potongan

(1)

Dalam menentukan pendapatan larasan seseorang yang berhubungan dengan transaksi dengan bukan ahli dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah dibenarkan suatu potongan menurut subseksyen 53A(5)

berkenaan dengan belanja pasti atau perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu dan amaun potongan hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

A x

B

C apabila A ialah amaun belanja pasti atau perbelanjaan yang dilakukan oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

B ialah pendapatan kasar daripada transaksi dengan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

C ialah pendapatan kasar daripada transaksi dengan kedua-dua ahli dan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Dalam menentukan pendapatan berkanun seseorang yang berhubungan dengan transaksi dengan bukan ahli dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, maka hendaklah ditolak daripada pendapatan larasan elaun modal yang dibuat oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu menurut subseksyen 53A(5) dan amaun potongan itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

D x

E

F apabila D ialah elaun modal yang dibuat oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

E ialah pendapatan kasar daripada transaksi dengan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

P.U. (A) 360 4

F ialah pendapatan kasar daripada transaksi dengan kedua-dua ahli dan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Jika seseorang berhak bagi suatu potongan di bawah subseksyen 44(6)

Akta dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, bahagian bagi pemberian wang yang layak ditolak daripada pendapatan agregat berhubungan dengan transaksi dengan bukan ahli dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:

G x

H

I apabila

G ialah pemberian wang yang dibuat oleh orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

H ialah pendapatan agregat daripada transaksi dengan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; dan

I ialah pendapatan agregat daripada transaksi dengan kedua-dua ahli dan bukan ahli orang itu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran:

Dengan syarat bahawa amaun yang ditolak tidak boleh melebihi tujuh peratus daripada pendapatan agregat orang itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Dibuat 28 September 2011

[Perb.CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2009)JLD.3(SK.1);

LHDN01/35/(S)/42/51/231/112;

PN(PU2)80/LXII]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 360 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION RELATING TO TRANSACTION WITH NON-MEMBERS FOR

CLUB, ASSOCIATION OR SIMILAR INSTITUTION) RULES 2011

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BERHUBUNGAN DENGAN TRANSAKSI DENGAN BUKANAHLI BAGI KELAB, PERSATUAN ATAU INSTITUSI SERUPA) 2011