Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF BAGI PENGILANG PRODUK FARMASEUTIKAL) 2022
Seksyen 8
(1)
Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak itu gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan
Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal, menerima penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal oleh syarikat yang layak yang diberikan di bawah
Kaedah-Kaedah ini melalui notis secara bertulis daripada syarikat yang layak kepada
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
(2)
Penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
6