Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai Pendapatan (Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal) 2022.
/akn/my/act/pua/2022/34
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF BAGI PENGILANG PRODUK FARMASEUTIKAL) 2022 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 34 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai Pendapatan (Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal) 2022.
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai kepada pengilang produk farmaseutikal yang permohonannya bagi Skim Insentif bagi Pengilang
Produk Farmaseutikal di bawah Kaedah-Kaedah ini telah diluluskan oleh Menteri di bawah subkaedah (2) (selepas ini disebut sebagai “syarikat yang layak”).
Permohonan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada atau selepas 1 Januari 2021 tetapi tidak lewat daripada 31 Disember 2022.
Syarikat yang layak yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah mematuhi semua syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021
yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.
3
Tafsiran
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“aktiviti isi dan kemasan” ertinya proses pengisian bebuli dengan vaksin dan menyiapkan proses pembungkusan ubat untuk pengagihan;
“Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal” ertinya suatu skim insentif bagi syarikat yang layak yang menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak dan diluluskan oleh Menteri;
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“pengilang produk farmaseutikal” ertinya suatu syarikat—
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
dan bermastautin di Malaysia;
yang mempunyai suatu lesen pengilangan di bawah Akta Penyelarasan
Perindustrian 1975 [Akta 156] daripada Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri atau surat pengesahan pengecualian lesen pengilangan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia;
yang menjalankan pengilangan produk farmaseutikal termasuk formulasi di Malaysia tetapi tidak termasuk aktiviti isi dan kemasan.
Aktiviti yang layak
Bagi maksud subseksyen 6(1A) Akta dan Kaedah-Kaedah ini, suatu aktiviti yang layak ialah suatu aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam Garis Panduan Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021 yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.
4
Kadar yang terpakai
kepada, Akta dan Kaedah-Kaedah ini, cukai pendapatan hendaklah dikenakan bagi tahun taksiran yang ditentukan ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai bagi suatu syarikat yang layak yang menjalankan perniagaan berkenaan dengan suatu aktiviti yang layak di bawah Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal pada kadar—
bagi tempoh sepuluh tahun taksiran pertama, sifar hingga sepuluh peratus;
atau
bagi tempoh sepuluh tahun taksiran berikutnya, sepuluh peratus.
Tahun taksiran yang ditentukan
Tahun taksiran yang ditentukan yang disebut dalam
Kaedah-Kaedah ini ialah tempoh sehingga sepuluh tahun taksiran berturut-turut berkenaan dengan kadar yang disebut dalam perenggan 5(a)
atau sepuluh tahun taksiran berturut-turut berikutnya berkenaan dengan kadar yang disebut dalam perenggan 5(b) bagi pelaksanaan Skim Insentif bagi
Pengilang Produk Farmaseutikal bermula dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Syarat bagi Skim Insentif Pengeluar Produk Farmaseutikal
Produk Farmaseutikal di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi semua syarat yang dinyatakan seperti yang berikut:
syarikat yang layak itu hendaklah melakukan perbelanjaan modal yang layak pertama tidak termasuk tanah dalam tempoh satu tahun dari tarikh surat kelulusan itu dikeluarkan;
syarikat yang layak itu hendaklah melakukan amaun keseluruhan perbelanjaan modal yang layak sebagaimana yang dinyatakan dalam
5
surat kelulusan itu dalam tempoh lima tahun dari tarikh perbelanjaan modal yang layak pertama dilakukan; dan
apa-apa syarat dalam
Jadual dan apa-apa syarat lain yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan itu dan Garis Panduan Insentif bagi Pengilang
Produk Farmaseutikal termasuk vaksin di bawah Belanjawan 2021
yang dikeluarkan atau sebagaimana yang disemak oleh
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri.
Penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal
Menteri boleh, pada bila-bila masa, kecuali jika syarikat yang layak itu gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan berhubung dengan
Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal, menerima penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal oleh syarikat yang layak yang diberikan di bawah
Kaedah-Kaedah ini melalui notis secara bertulis daripada syarikat yang layak kepada
Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal itu hendaklah berkuat kuasa pada hari pertama dalam tempoh asas bagi tahun taksiran yang permohonan bagi penyerahan Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal itu diterima oleh Menteri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
6
JADUAL
Syarat-syarat bagi suatu syarikat yang layak di bawah
Skim Insentif bagi Pengilang Produk Farmaseutikal
Bilangan minimum pekerja sepenuh masa di Malaysia dengan gaji pokok minimum lima ribu ringgit (RM5,000.00) sebulan
15%
daripada jumlah pekerja sepenuh masa
Bilangan minimum pekerja yang mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang sains dan teknikal
20% daripada jumlah pekerja
Bilangan minimum pekerja sepenuh masa warganegara Malaysia
80% daripada jumlah pekerja
Amaun minimum perbelanjaan operasi tahunan di Malaysia (dalam ringgit Malaysia)
(hendaklah dipatuhi pada akhir tahun terakhir tahun taksiran yang ditentukan)
Sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan
Bilangan pelatih daripada universiti tempatan, politeknik atau penempatan latihan industri di institusi Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
Sekurang-kurangnya 6 orang pelatih warganegara Malaysia setiap tahun dengan tempoh minimum latihan selama 3 bulan
Nilai tambah bagi produk
Sekurang-kurangnya 40%
Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) Menjalankan aktiviti
CSR dengan sekurang-kurangnya 1 buah hospital atau institusi kesihatan di Malaysia yang diiktiraf oleh
Kementerian
Kesihatan Malaysia setiap tahun dalam tahun taksiran yang ditentukan
Dibuat 16 Februari 2022
[MOF.TAX(S)700-2/1/204; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-81; PN(PU2)80/JLD. 105]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
7
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (THE INCENTIVE FOR MANUFACTURERS OF
PHARMACEUTICAL PRODUCTS SCHEME) RULES 2022
IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b)
of, and subsection 6(1A) and paragraph 2 of Part XVII of Schedule 1 to, the Income Tax Act 1967 [Act 53], the Minister makes the following rules:
Citation and commencement 1.
(1)
These rules may be cited as the
Income
Tax
(The Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme) Rules 2022.
(2)
These Rules have effect from the year of assessment 2021.
Application 2.
(1)
These Rules shall apply to a manufacturer of pharmaceutical products whose application for the Manufacturers of Pharmaceutical Products Incentive Scheme under these Rules has been approved by the Minister under subrule (2)
(hereinafter referred to as the “qualifying company”).
(2)
The application referred to in subrule (1) shall be received by the Minister through the Malaysian Investment Development Authority on or after 1 January 2021
but not later than 31 December 2022.
(3)
The qualifying company referred to in subrule (1) shall comply with all the conditions as specified in the Guidelines for Incentive for Manufacturers of
Pharmaceutical Products including vaccines under the 2021 Budget issued or as revised by the Malaysian Investment Development Authority and approved by the Minister.
8
Interpretation 3.
In these Rules—
“fill and finish activity” means the process of filling vials with vaccine and finishing the process of packaging the medicine for distribution;
“The Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme” means an incentive scheme for the qualifying company which carries on business in respect of a qualifying activity and approved by the Minister;
“Malaysian Investment Development Authority” means the Malaysian Investment
Development Authority established under the Malaysian Investment Development
Authority (Incorporation) Act 1965 [Act 397];
“manufacturer of pharmaceutical products” means a company—
(a)
incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia;
(b)
possess a manufacturing license under the Industrial Co-ordination
Act 1975 [Act 156] from Ministry of International Trade and Industry or a confirmation letter of exemption from manufacturing license from
Malaysia Investment Development Authority;
(c)
undertakes manufacturing of pharmaceutical products including formulation in Malaysia but excluding fill and finish activity.
Qualifying activity 4.
For the purposes of subsection 6(1A) of the Act and these Rules, a qualifying activity referred to in these Rules is an activity prescribed by the Minister as specified in the Guidelines for Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products including vaccines under the 2021 Budget issued or as revised by the Malaysian
Investment Development Authority and approved by the Minister.
9
Applicable rate 5.
For the purposes of paragraph 6(1)(m) of, and paragraph 2 of Part XVII of
Schedule 1 to, the Act and these Rules, income tax shall be charged for the specified years of assessment on the chargeable income of a qualifying company which carries on business in respect of a qualifying activity under the Incentive for Manufacturers of
Pharmaceutical Products Scheme at the rate of—
(a)
for the first period of ten years of assessment, zero to ten percent; or
(b)
for the next period of ten years of assessment, ten percent.
Specified years of assessment 6.
Specified years of assessment referred to in these Rules is a period up to ten consecutive years of assessment in respect of the rate referred to in paragraph 5(a)
or the next ten consecutive years of assessment in respect of the rate referred to in paragraph 5(b) for the implementation of the Incentive for Manufacturers of
Pharmaceutical Products Scheme commencing from the date as determined by the Minister.
Conditions for Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme 7.
A qualifying company approved under the Incentive for Manufacturers of
Pharmaceutical Products Scheme under these Rules shall comply with all the conditions specified as follows:
(a)
the qualifying company shall incur the first qualifying capital expenditure excluding land within one year from the date the approval letter is issued;
(b)
the qualifying company shall incur the full amount of the qualifying capital expenditure as specified in the approval letter within five years from the date the first qualifying expenditure is incurred; and
(c)
any conditions in the Schedule and any other conditions imposed by the Minister as specified in the approval letter and Guidelines for Incentive
10
for Manufacturers of Pharmaceutical Products including vaccines under the 2021 Budget issued or as revised by the Malaysian Investment
Development Authority and approved by the Minister.
Surrender of the Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme 8.
(1)
The Minister may, at any time, except where the qualifying company fails to comply with any conditions imposed in relation to the Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme, accepts the surrender of the Incentive for
Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme by the qualifying company granted under these Rules by a notice in writing from the qualifying company to the Minister through the Malaysian Investment Development Authority.
(2)
The surrender of the Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical
Products Scheme shall have effect on the first day in the basis period for the year of assessment in which the application for surrender of the Incentive for Manufacturers of
Pharmaceutical Products Scheme is received by the Minister through the Malaysian
Investment Development Authority.
11
Conditions for a qualifying company under the
Incentive for Manufacturers of Pharmaceutical Products Scheme
Minimum number of full time employees in Malaysia with a minimum basic salary of five thousand ringgit (RM5,000.00)
per month
15% of total full time employees
Minimum number of employees having a diploma or degree in the field of science and technical
20% of total employees
Minimum number of Malaysian citizen full time employees
80% of total employees
Minimum amount of annual operating expenditure in Malaysia (in ringgit Malaysia)
(to be complied with at the end of the last year of the specified years of assessment)
As specified in the approval letter
The number of trainee from local university, polytechnics or industrial training placement at Technical and Vocational Education and
Training (TVET) institution
At least 6 Malaysian trainees each year with a minimum training period of 3 months
Value added for product
At least 40%
Corporate social responsibility (CSR) activity Undertake
CSR activity with at least 1 hospital or health institution in Malaysia recognized by Ministry of
Health Malaysia each year within the specified years of assessment
Made 16 February 2022
[MOF.TAX(S)700-2/1/204; LHDN.AY.A.600-12/1/7(29)-81; PN(PU2)80/JLD. 105]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Minister of Finance
[To be laid before Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]