Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia” ertinya Lembaga Pembangunan
Pelaburan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan
Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 397];
“Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Penyediaan Perkhidmatan”
ertinya suatu skim insentif bagi syarikat yang layak untuk menjalankan aktiviti yang layak dan diluluskan oleh Menteri;
P.U. (A) 398 3
“syarikat baharu” ertinya suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
dan bermastautin di Malaysia;
(b)
yang ditubuhkan bagi maksud menjalankan aktiviti yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini—
(i)
yang tidak mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; atau
(ii)
yang mempunyai entiti sedia ada atau entiti berkaitan di Malaysia yang belum menjalankan aktiviti yang layak di Malaysia sebelum permohonan yang disebut dalam kaedah 2 dibuat; dan
(c)
yang—
(i)
menempatkan semula kemudahannya bagi aktiviti yang layak dari luar Malaysia ke Malaysia;
(ii)
menempatkan semula aktiviti yang layak yang baharu di Malaysia yang berbeza daripada aktiviti yang layak sedia ada di luar Malaysia; atau
(iii)
menubuhkan suatu operasi baharu di Malaysia;
P.U. (A) 398 4
“syarikat sedia ada” ertinya suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016
dan bermastautin di Malaysia; dan
(b)
yang sedang beroperasi di Malaysia dan menjalankan aktiviti yang layak bagi segmen perniagaan baharu yang diasingkan daripada operasi aktiviti yang layak yang sedia ada;
“syarikat yang layak” ertinya suatu syarikat baharu atau syarikat sedia ada yang memenuhi syarat kelayakan yang dikenakan oleh Menteri di bawah Akta dan Kaedah-Kaedah ini.
Aktiviti yang layak