Skip to content

Seksyen 4

Aktiviti yang layak

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Skim Insentif Penempatan Semula Perniagaan Penyediaan Perkhidmatan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

Aktiviti yang layak yang disebut di bawah Kaedah-Kaedah ini ialah mana-mana aktiviti perkhidmatan berikut yang mengadaptasi teknologi

Revolusi Perindustrian 4.0 dan pendigitalan yang dijalankan oleh syarikat yang layak:

(a)

penyediaan penyelesaian teknologi atau syarikat teknologi yang membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian teknologi berdasarkan cabaran kejuruteraan atau saintifik penting;

(b)

penyediaan infrastruktur dan teknologi bagi pengkomputeran awan;

(c)

aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau reka bentuk dan pembangunan;

(d)

makmal pengujian peranti perubatan dan ujian klinikal; atau

(e)

mana-mana aktiviti perkhidmatan atau aktiviti perkhidmatan berkaitan pengilangan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

P.U. (A) 398 5