Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PUSAT PERDAGANGAN GLOBAL) 2022

Seksyen 7

Syarat bagi Skim Insentif Pusat Perdagangan Global

Syarikat yang layak yang memohon Skim Insentif Pusat Perdagangan Global di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam surat kelulusan dan Garis Panduan bagi Insentif bagi Menubuhkan Suatu Pusat Perdagangan Global yang dikeluarkan atau disemak

P.U. (A) 48 4

semula oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan diluluskan oleh Menteri, yang mana hendaklah termasuk syarat seperti yang berikut:

(a)

menggaji sekurang-kurangnya lima belas orang pekerja sepenuh masa yang merupakan warganegara Malaysia dengan gaji minimum sebanyak lima ribu ringgit (RM5,000.00) sebulan dalam tempoh asas sepanjang tahun taksiran yang ditentukan bagi menjalankan aktiviti yang layak dan sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada pekerja itu ialah warganegara Malaysia;

(b)

mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya satu juta ringgit

(RM1,000,000.00) bagi menjalankan aktiviti yang layak;

(c)

melakukan perbelanjaan operasi tahunan sekurang-kurangnya satu juta lima ratus ribu ringgit (RM1,500,000.00) bagi menjalankan aktiviti yang layak; dan

(d)

mencapai nilai jualan tahunan daripada aktiviti yang layak sekurang-kurangnya tiga ratus juta ringgit (RM300,000,000.00).

Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PUSAT PERDAGANGAN GLOBAL) 2022