Malaysia legislation
Section 8
of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (SKIM INSENTIF PUSAT PERDAGANGAN GLOBAL) 2022
Seksyen 8
(1)
Menteri boleh melanjutkan tahun taksiran yang ditentukan bagi tempoh lima tahun taksiran lagi tertakluk kepada syarikat yang layak memenuhi syarat yang disebut dalam kaedah 7.
(2)
Permohonan bagi pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah dibuat oleh syarikat yang layak secara bertulis dan diterima oleh Menteri melalui
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dalam tempoh tiga puluh hari sebaik selepas tamat tahun taksiran yang ditentukan.
(3)
Pelanjutan tahun taksiran yang ditentukan hendaklah bermula dari tahun taksiran yang berikutnya selepas tamat tahun taksiran yang ditentukan dan berterusan selama tempoh lima tahun taksiran berikutnya.
P.U. (A) 48 5
Penyerahan Skim Insentif Pusat Perdagangan Global