Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH HAKMILIK STRATA (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2015
Seksyen 4
Fi
(1)
Fi yang kena dibayar bagi pelbagai permohonan dan tindakan di bawah
Akta dan Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual I.
(2)
Jika fi yang kena dibayar bagi permohonan dan tindakan yang dinyatakan dalam subkaedah (1) telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah
P.U. (A) 127 3
Persekutuan Kuala Lumpur 1995, fi yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Tanah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995 itu hendaklah terpakai dan kena dibayar seolah-olah ia ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(3)
Walau apa pun subkaedah (1) dan (2)—
(a)
tiada fi kena dibayar berkenaan dengan—
(i)
permohonan oleh mana-mana pihak berkuasa awam untuk memecah bahagi bangunan kos rendah; atau
(ii)
permohonan oleh mana-mana pihak berkuasa awam untuk mengklasifikasikan bangunan bertingkat sebagai suatu bangunan kos rendah dan pengeluaran perakuan dalam Jadual V; dan
(b)
Menteri boleh, dalam mana-mana kes tertentu atau berkenaan dengan mana-mana kawasan tertentu, memberi pengecualian sebahagian atau keseluruhan bayaran fi yang ditetapkan.
(4)
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, “pihak berkuasa awam” ertinya Kerajaan
Persekutuan atau pihak berkuasa tempatan.
Bangunan yang diklasifikasikan sebagai bangunan kos rendah