Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain

“air tidak boleh diminum” ertinya air selain air yang dibekalkan daripada sistem bekalan air awam atau sistem bekalan air persendirian;

"bahan rintangan kakisan" ertinya apa-apa bahan yang mempunyai rintangan tinggi terhadap apa-apa tindakan mengakis yang ia mungkin didedahkan;

"bangunan bertingkat tinggi” ertinya

(a)

apa-apa bangunan kediaman bertingkat tinggi;

(b)

apa-apa rumah tempat tinggal bertingkat-tingkat yang tidak dicadangkan untuk dipecah bahagi di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]; atau

P.U. (A) 36 11

(c)

apa-apa bangunan bertingkat-tingkat bagi maksud komersial, institusi, kerajaan dan perindustrian, tetapi tidak termasuk mana-mana komuniti berpagar;

“bangunan kediaman bertingkat tinggi” ertinya apa-apa rumah tempat tinggal bertingkat-tingkat yang telah dipecah bahagi atau dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak yang dipegang di bawah hakmilik strata yang berasingan atau yang permohonan untuk pecah bahagi telah dibuat di bawah Akta Hakmilik Strata 1985;

"garisan air" ertinya paras air pengendalian tertinggi di dalam suatu tangki yang di paras itu sesuatu tangki itu direka bentuk untuk berfungsi;

"injap penahan" ertinya apa-apa peranti selain kepala paip aliran keluar, bagi memberhentikan aliran air di dalam paip apabila perlu;

“kadar bagi perkhidmatan bekalan air” ertinya kadar yang ditetapkan bagi perkhidmatan bekalan air di bawah Akta atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain;

“kios air” ertinya mana-mana mesin layan diri, yang disambungkan ke sistem bekalan air, yang menapis atau mempertingkatkan kualiti air yang dibekalkan daripada sesalur utama awam untuk kegunaan awam;

“komuniti berpagar” ertinya mana-mana tanah beri milik yang mempunyai dua atau lebih bangunan dipegang sebagai satu lot di bawah hakmilik tetap (sama ada

Hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah) yang hendaklah boleh dipecah bahagi kepada petak tanah, yang setiap satu petak tanah itu dipegang di bawah suatu hakmilik strata atau sebagai suatu petak aksesori di bawah subseksyen 6(1A) Akta Hakmilik

Strata 1985;

“meter daerah” ertinya suatu meter yang menyukat jumlah aliran air yang dibekalkan ke suatu kawasan tertentu dalam sistem retikulasi air luaran;

P.U. (A) 36 12

"muatan", berhubung dengan suatu tangki, ertinya isi padu air yang disimpan di antara lantai dasar alur keluar paip agihan dengan garisan air;

“orang yang kompeten” ertinya orang yang berkelayakan untuk mengemukakan pelan dan mengeluarkan perakuan siap dan pematuhan yang berkenaan dengan reka bentuk, pemasangan, pembinaan atau pengubahansuaian lengkapan air, takungan perkhidmatan terpusat, sistem retikulasi air luaran atau sesalur utama bekalan atau mana-mana bahagiannya yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

"paip agihan" ertinya apa-apa paip pengguna atau paip pemegang lesen kelas yang membawa air daripada suatu tangki simpanan, tangki pembekal atau radas air panas yang dibekalkan daripada suatu tangki pembekal dan hanya di bawah tekanan daripada tangki pembekal, radas air panas itu atau apa-apa pam penggalak sebaris;

“paip air perkhidmatan persendirian” ertinya mana-mana paip yang digunakan untuk membekalkan air daripada suatu sesalur utama persendirian ke mana-mana premis yang tertakluk kepada tekanan air daripada sesalur utama persendirian itu atau akan tertakluk sedemikian jika tidak kerana tertutupnya beberapa kepala paip;

"paip amaran" ertinya suatu paip limpahan yang dipasangkan sedemikian supaya kedudukan alur keluarnya terdedah dan mudah dilihat dan di mana air yang dilepaskan mudah dikesan;

“paip pam penghantar” ertinya mana-mana paip yang membekalkan air daripada suatu tangki sedutan kepada suatu tangki simpanan yang terletak lebih tinggi daripada tangki sedutan itu dan disambungkan dengan sistem pengepam perantaraan;

“paras limpah" berhubung dengan suatu paip amaran atau paip limpahan suatu tangki, ertinya paras terendah yang air boleh mengalir ke dalam paip amaran itu atau paip limpahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, daripada tangki itu;

“pemaju” ertinya pemaju yang disebut dalam subseksyen 47(1) Akta;

P.U. (A) 36 13

“pemegang permit” ertinya seseorang yang kepadanya permit IPA Jenis A, permit

IPA Jenis C atau permit IPA Jenis D dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah Industri

Perkhidmatan Air (Permit) 2007 [P.U. (A) 438/2007];

“rumah tempat tinggal” termasuk apa-apa bangunan yang keseluruhannya atau terutamanya dibina, disesuaikan atau diniatkan bagi kediaman manusia atau sebahagiannya bagi kediaman manusia dan sebahagian lagi bagi perniagaan;

"sesalur utama awam" ertinya apa-apa paip air yang disenggara dan dikawal oleh pemegang lesen pengagihan air yang kepadanya paip air perkhidmatan boleh disambungkan;

"sesalur utama bekalan" ertinya talian paip yang membawa air sama ada daripada suatu takungan perkhidmatan terpusat atau dari suatu tempat tebukan yang ditentukan oleh pemegang lesen pengagihan air di sepanjang suatu sesalur utama awam sedia ada yang terletak di luar kawasan pembangunan pemaju, ke sistem retikulasi air luaran dan termasuk tanah yang talian paip itu ditempatkan, dan jika dikehendaki, hendaklah juga termasuk stesen pengepam penggalak sebaris;

“sesalur utama persendirian" ertinya apa-apa paip air yang menjadi sebahagian daripada suatu sistem bekalan air persendirian yang disenggara dan dikawal oleh pemegang lesen kelas yang kepadanya paip air perkhidmatan persendirian boleh disambungkan;

“sistem retikulasi air luaran” ertinya suatu rangkaian talian paip, tidak termasuk paip air perkhidmatan dan agihan di dalam suatu kawasan pembangunan pemaju yang bersambung dengan sesalur utama bekalan dan hendaklah termasuk—

(a)

takungan perkhidmatan, tangki sedutan, stesen pengepam, injap, pili, meter daerah, stesen persampelan, sistem telemetri, paip penghubung dan apa-apa perlengkapan, kelengkapan, peranti dan pemasangan yang bersambung dengan rangkaian itu; dan

P.U. (A) 36 14

(b)

tanah tempat takungan perkhidmatan, tangki sedutan, stesen pengepam, injap, pili, meter daerah, stesen persampelan, sistem telemetri, paip penghubung dan apa-apa perlengkapan, kelengkapan, peranti dan pemasangan lain itu ditempatkan;

“spesial” ertinya apa-apa paip penyambung selain paip lurus bergaris pusat seragam;

“standard yang diiktiraf” ertinya standard atau spesifikasi bagi produk bekalan air yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“stesen persampelan” ertinya suatu peranti yang ditempatkan di dalam suatu kurungan, yang bersambung kepada suatu sistem retikulasi air luaran bagi membolehkan sampel air diambil untuk ujian kualiti;

“takungan perkhidmatan terpusat” ertinya apa-apa takungan perkhidmatan yang dibina atau akan dibina bagi maksud memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada satu kawasan pembangunan pemaju;

“tangki” ertinya suatu bekas yang tetap dan berlohong untuk menyimpan air pada tekanan atmosfera;

“tangki pembekal” ertinya apa-apa tangki simpanan yang digunakan untuk membekalkan air sejuk kepada suatu radas air panas, suatu tangki simbah, mana-mana bahagian sistem penyaman udara atau mana-mana loji atau jentera lain;

“tangki sedutan” ertinya apa-apa tangki yang digunakan untuk membekalkan air kepada sistem pengepam;

“tangki simbah” ertinya apa-apa tangki dengan suatu radas pembuangan untuk menyimbah takungan tandas, urinal, parit bidet, pembetung atau radas sanitari yang serupa;

P.U. (A) 36 15

“tangki simpanan” ertinya apa-apa tangki, selain tangki simbah, yang daripadanya air yang dibekalkan daripada sesalur utama awam atau sesalur utama persendirian dihantar bagi kegunaan dan disimpan selain melalui kepala paip keluar; dan

“tangki tekanan” ertinya satu bekas tertutup yang berupaya menyimpan air pada tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014