Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014

Seksyen 3

(1)

Tiada seorang pun boleh, bagi maksud membawa, menerima atau menggunakan air yang dibekalkan daripada sesalur utama awam―

(a)

menggunakan apa-apa lengkapan air yang sifatnya sedemikian atau yang disusun atau disambung sedemikian yang menyebabkan atau membenarkan atau berkemungkinan menyebabkan atau membenarkan pembaziran, penggunaan yang tidak wajar, salah guna atau pencemaran air;

(b)

menggunakan apa-apa lengkapan air yang tidak mengikut standard yang diiktiraf atau kehendak Kaedah-Kaedah ini; dan

(c)

mengatur, menyambung, memotong, mengubah atau membaharui mana-mana lengkapan air yang berlanggaran dengan mana-mana kehendak Kaedah-Kaedah ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh mereka bentuk, membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan sambungan atau menutup mana-mana bahagian sistem retikulasi air luaran, takungan perkhidmatan terpusat atau sesalur utama bekalan kecuali menurut

Kaedah-Kaedah ini.

P.U. (A) 36 16

(3)

Tiada seorang pun boleh mereka bentuk, membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan sambungan atau menutup sistem bekalan air persendirian mana-mana bahagian sistem itu kecuali menurut Kaedah-Kaedah ini.

(4)

Walau apa pun subkaedah 112(1), tiada seorang pun boleh dikehendaki untuk mengubah―

(a)

apa-apa lengkapan air; atau

(b)

mana-mana bahagian sistem bekalan airnya, yang telah dipasang secara sah atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebelum Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa, melainkan jika lengkapan air atau sistem bekalan air itu, pada pendapat Suruhanjaya, berkemungkinan menyebabkan pembaziran, penggunaan yang tidak wajar, salah guna atau pencemaran air yang dibekalkan.

(5)

Seseorang yang melanggar subkaedah (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan dia hendaklah mengubah sistem retikulasi air luaran, takungan perkhidmatan terpusat atau sesalur utama bekalan atau sistem bekalan air persendirian atau mana-mana bahagian sistem itu bagi mematuhi Kaedah-Kaedah ini.

Pematuhan standard yang diiktiraf

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014