Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014

Seksyen 4

(1)

Seseorang yang mereka bentuk, membina, mengubah, mengubah suai, memutuskan sambungan atau menutup mana-mana bahagian sistem retikulasi air luaran, takungan perkhidmatan terpusat, sesalur utama bekalan, sistem bekalan air persendirian atau lengkapan air hendaklah mematuhi standard yang diiktiraf bagi produk bekalan air yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

P.U. (A) 36 17

(2)

Jika terdapat apa-apa percanggahan antara standard yang diiktiraf dengan peruntukan Kaedah-Kaedah berhubung dengan apa-apa perkara, peruntukan

Kaedah-Kaedah hendaklah mengatasi.

Standard bahan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (RETIKULASI AIR DAN PEMASANGAN PAIP) 2014