Malaysia legislation

Section 16

of KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024

Seksyen 16

(1)

Apa-apa permohonan daripada mana-mana orang yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, mana-mana pihak berkuasa tempatan, badan berkanun lain, atau mana-mana pertubuhan hendaklah dikemukakan kepada

Pihak Berkuasa Tertentu dan Pihak Berkuasa Tertentu boleh mendapatkan ulasan

Ketua Jabatan yang berkenaan melalui apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tertentu.

(2)

Bagi maksud subkaedah (1), “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai suatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diberikan kuasa oleh

Ketua Jabatan secara bertulis untuk bertindak bagi pihaknya, dan suatu jabatan itu termasuklah—

(a)

suatu Kementerian;

(b)

suatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri atau daerah dalam Persekutuan;

(c)

suatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan 16

(d)

mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Tawaran pelantikan oleh Institut

Section 16 — KAEDAH-KAEDAH INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2024