Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(1)
Pihak Berkuasa Tertentu hendaklah membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya sama ada secara terus kepada calon yang berjaya atau melalui apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tertentu.
(2)
Surat tawaran pelantikan di bawah subkaedah (1) hendaklah mengandungi maklumat mengenai skim perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(3)
Pihak Berkuasa Tertentu hendaklah memaklumkan mana-mana calon yang tidak berjaya melalui apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Pihak Berkuasa Tertentu.
Pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun dan surat aku janji