Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Mana-mana calon yang akan dilantik ke perkhidmatan Institut hendaklah memenuhi syarat seperti yang berikut:
(a)
calon hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan
(b)
calon hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah
Akta Akuan Berkanun1960 [Akta 783] bahawa dia—
(i)
tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;
(ii)
tidak pernah dibuang kerja;
(iii)
bukan penagih dadah;
(iv)
tidak memiliki kewarganegaraan asing;
17
(v)
tidak bankrap;
(vi)
tidak dibersarakan atas sebab kesihatan; dan
(vii)
tidak pernah ditamatkan perkhidmatan daripada perkhidmatan awam.
(2)
Sebagai tambahan kepada kehendak di bawah perenggan (1)(b),
Pihak Berkuasa Melantik boleh menghendaki calon untuk membuat apa-apa akuan lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(3)
Seseorang calon hendaklah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(4)
Apabila dilantik ke skim perkhidmatan yang lain, pegawai atau pekhidmat yang telah memenuhi syarat di bawah subkaedah (1) boleh dikehendaki oleh
Pihak Berkuasa Melantik untuk memenuhi syarat itu semula.
(5)
Pihak Berkuasa Melantik boleh membatalkan tawaran pelantikan jika calon didapati tidak sihat selepas diperiksa mengikut perenggan (1)(a) atau tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) dan subkaedah (3).
(6)
Bagi maksud subkaedah (5), mana-mana calon yang telah mula berkhidmat boleh dibayar apa-apa emolumen bagi tempoh perkhidmatannya sebelum tawaran dibatalkan.
(7)
Bagi maksud pelantikan calon di bawah subkaedah 5(2), syarat di bawah subperenggan (1)(b)(iv) dan (vii) tidaklah terpakai.
(8)
Walau apa pun perenggan (1)(a), Pihak Berkuasa Tertentu boleh mengarahkan seseorang pegawai atau pekhidmat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan lanjutan dan mengemukakan laporan perubatan yang disahkan oleh pengamal
18
perubatan berdaftar sekiranya difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Tertentu.
Tapisan keselamatan