Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH KERETA MOTOR (TALI PINGGANG KELEDAR) (PINDAAN) 2019
Seksyen 5
Kaedah 2A Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam nota birai, dengan menggantikan perkataan “kereta motor” dengan perkataan “kenderaan motor”;
(b)
dengan menggantikan subkaedah (1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1) Tertakluk kepada kaedah 6—
(a)
tiap-tiap tempat duduk belakang kenderaan motor, selain kenderaan motor yang disebut dalam perenggan
(b)
, yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995 hendaklah dipasang dengan
P.U. (A) 375 5
tali pinggang keledar yang mempunyai tiga tempat penambat terbina dalam yang ditempatkan pada kedudukan terbaik untuk pemasangannya mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Jadual; dan
(b)
tiap-tiap tempat duduk belakang bas, kecuali bas berhenti-henti, yang dibina pada atau selepas 1 Januari 2020 hendaklah dipasang dengan tali pinggang keledar yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tempat penambat terbina dalam yang ditempatkan pada kedudukan terbaik untuk pemasangannya mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Jadual.”;
(c)
dengan memotong subkaedah (2); dan
(d)
dengan memasukkan selepas subkaedah (2) subkaedah yang berikut:
“(3) Jika kenderaan motor yang disebut dalam subkaedah (1)
didapati tidak dipasang dengan tali pinggang keledar mengikut subkaedah itu, pemunya berdaftar kenderaan motor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, dalam hal sabitan yang pertama, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.”.
Pemotongan kaedah 3 6.
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan memotong kaedah