Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akaun I” ertinya akaun yang disenggarakan oleh Lembaga mengikut
Peraturan-Peraturan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2001 [P.U. (A) 409/2001];
“akaun pelaburan” ertinya akaun ahli Kumpulan Wang dengan institusi pengurusan dana;
“institusi pengurusan dana” ertinya institusi pengurusan dana atau institusi lain yang diluluskan, yang dilantik oleh Menteri bagi maksud pelaburan di bawah
Bahagian IIIA Akta;
“simpanan asas” ertinya suatu jumlah simpanan dalam Akaun I yang ditentukan oleh Lembaga mengikut umur seseorang ahli Kumpulan Wang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
3