Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016

Seksyen 3

Permohonan bagi pelaburan di bawah Bahagian IIIA Akta

(1)

Tiada jumlah wang yang ada pada kredit seseorang ahli Kumpulan Wang boleh dipindahkan kepada mana-mana institusi pengurusan dana kecuali dengan kebenaran Lembaga.

(2)

Seseorang ahli Kumpulan Wang yang berniat untuk membuat pelaburan di bawah Bahagian IIIA Akta hendaklah membuat permohonan kepada Lembaga mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(3)

Lembaga boleh membenarkan permohonan di bawah subkaedah (2) jika—

(a)

amaun yang ada pada kredit ahli Kumpulan Wang dalam Akaun I melebihi amaun simpanan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam

Jadual;

(b)

ahli Kumpulan Wang itu belum mencapai umur lima puluh lima tahun;

dan

(c)

ahli Kumpulan Wang itu telah membuka akaun pelaburan dengan institusi pengurusan dana.

Pemindahan amaun pelaburan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PELABURAN DALAM INSTITUSI PENGURUSAN DANA) 2016