Malaysia legislation
Section 10
of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025
Seksyen 10
Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 18 dengan kaedah yang berikut:
“Rekod ahli Kumpulan Wang yang tidak lengkap atau tidak tepat 18.
(1)
Sekiranya Lembaga berpendapat bahawa rekod ahli Kumpulan
Wang yang dirujuk dalam kaedah 12 dan 13 adalah tidak lengkap atau tidak tepat atau cap ibu jari atau bentuk pengenalan diri lain tidak mencukupi
P.U. (A) 347 8
untuk mengenal pasti dengan jelas pekerja itu, Lembaga boleh memaklumkan majikan itu dan majikan itu hendaklah mendapatkan, melengkapkan dan mengemukakan kepada Lembaga, rekod ahli Kumpulan Wang itu yang mengandungi maklumat yang telah dikemas kini dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pemakluman itu dibuat oleh Lembaga kepada majikan itu.
(2)
Mana-mana majikan yang gagal mematuhi subkaedah (1)
melakukan suatu kesalahan.”.
Penggantian kaedah 23