Malaysia legislation

Section 11

of KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

Kaedah-Kaedah ibu dipinda dengan menggantikan kaedah 23 dengan kaedah yang berikut:

“Penyata upah 23.

Suatu penyata upah yang disediakan dan dikemukakan kepada setiap pekerja menurut subseksyen 42(1) Akta hendaklah mengandungi maklumat yang berikut—

(a)

nama penuh pekerja;

(b)

nombor keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;

(c)

jantina;

(d)

jenis dan nombor dokumen pengenalan;

(e)

tempoh bayaran upah;

(f)

amaun upah;

(g)

amaun bayaran lain;

P.U. (A) 347 9

(h)

amaun yang dipotong untuk caruman Kumpulan Wang;

(i)

nombor pendaftaran majikan;

(j)

amaun caruman majikan;

(k)

nama penuh majikan atau wakil majikan, tandatangannya dan tarikh penyata upah itu dikeluarkan; dan

(l)

dalam hal seorang pekerja yang bukan warganegara Malaysia, nombor pas kerja.“.

Penggantian kaedah 24

Section 11 — KAEDAH-KAEDAH KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (PINDAAN) 2025