Malaysia legislation

Section 13

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 13

(1)

Apa-apa aduan yang diterima terhadap mana-mana anggota

Jawatankuasa Kariah hendaklah dihantar kepada Setiausaha Majlis.

(2)

Setiausaha Majlis hendaklah mengarahkan mana-mana pegawai untuk menjalankan siasatan dengan seberapa segera tentang apa-apa aduan yang dibuat di bawah subkaedah (1) dan hendaklah menghantar laporan berserta syor mengenai aduan itu kepada Majlis.

(3)

Majlis hendaklah, selepas menerima laporan dan syor di bawah subkaedah (2), mengambil tindakan yang berikut:

(a)

memaklumkan anggota Jawatankuasa Kariah itu mengenai aduan yang dibuat terhadapnya melalui suatu notis; dan

(b)

memberi peluang kepada anggota Jawatankuasa Kariah yang disebut dalam perenggan (a) untuk membuat representasi bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh anggota Jawatankuasa itu menerima notis.

(4)

Jika Majlis mendapati bahawa terdapat kesalahan terhadap aduan yang dibuat di bawah subkaedah (1), Majlis hendaklah—

(a)

membatalkan pelantikan anggota Jawatankuasa Kariah itu;

(b)

membubarkan Jawatankuasa Kariah; atau

(c)

mengambil apa-apa tindakan lain yang Majlis fikirkan patut terhadap

Jawatankuasa Kariah atau mana-mana anggota Jawatankuasa Kariah.

(5)

Keputusan Majlis di bawah subkaedah (4) adalah muktamad.

P.U. (A) 352 12

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah

Section 13 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019