Malaysia legislation

Section 17

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 17

Minit

(1)

Semua minit mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah disenggara dan disimpan oleh Setiausaha Jawatankuasa Kariah.

(2)

Minit mesyuarat yang telah ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha hendaklah direkodkan dan disimpan dalam Buku Minit Mesyuarat Masjid dan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan dan Setiausaha Majlis dalam masa empat belas hari selepas ia telah disahkan dan ditandatangani oleh Pengerusi dan Setiausaha.

(3)

Apa-apa minit mesyuarat Jawatankuasa Kariah yang telah ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi dan Setiausaha hendaklah diterima dalam apa-apa prosiding sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.

Mesyuarat Tahunan

Section 17 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019