Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Mesyuarat Tahunan kariah masjid hendaklah diadakan dalam masa dua belas bulan dari tarikh Mesyuarat Tahunan terakhir.
(2)
Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengarahkan Setiausaha untuk memanggil Mesyuarat Tahunan.
(3)
Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mempengerusikan Mesyuarat
Tahunan Jawatankuasa Kariah dan jika Pengerusi tidak hadir atau menjadi tidak berupaya untuk menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat bertindak sebagai
Pengerusi,
Timbalan
Pengerusi hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Tahunan itu.
(4)
Empat puluh anggota kariah masjid yang berumur sekurang-kurangnya lapan belas tahun tahun hendaklah membentuk kuorum bagi Mesyuarat Tahunan itu.
P.U. (A) 352 14
(5)
Mesyuarat Tahunan hendaklah—
(a)
membentangkan semua laporan aktiviti yang telah dijalankan oleh
Jawatankuasa Kariah;
(b)
membentangkan semua laporan kewangan bagi tahun kewangan terdahulu; dan
(c)
membahaskan usul yang diterima daripada anak kariah.
(6)
Keputusan Mesyuarat Tahunan kariah masjid hendaklah dibuat secara sebulat suara atau oleh majoriti ahli yang hadir.
(7)
Satu salinan Minit Mesyuarat Tahunan yang telah ditandatangani oleh
Pengerusi dan
Setiausaha hendaklah dikemukakan kepada
Jabatan dan
Setiausaha Majlis dalam masa empat belas hari selepas Mesyuarat Tahunan itu.
Notis Mesyuarat Tahunan