Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Nazir Sekolah hendaklah bertanggungjawab seperti yang berikut:
(a)
untuk memeriksa sekolah agama Islam berhubung dengan penggunaan kurikulum yang diluluskan oleh Majlis, kualiti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku-buku teks, guru-guru dan pematuhan
Kaedah-Kaedah ini atau apa-apa perkara yang diarahkan oleh Pendaftar;
(b)
untuk memeriksa akaun kewangan sekolah agama Islam; dan
(c)
untuk mengemukakan laporan pemeriksaan sekolah agama Islam termasuk untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap sekolah itu kepada
Pendaftar dalam masa dua puluh satu hari bekerja selepas pemeriksaan itu.
Kuasa untuk memeriksa