Skip to content

Seksyen 14

Pelantikan Nazir Sekolah

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pendaftaran dan Pengawalseliaan Sekolah Agama Islam) 2025

P.U. (A)In forceProvision 14 of 45
Seksyen 14

(1)

Majlis boleh, atas syor Jawatankuasa, melantik apa-apa bilangan

Nazir Sekolah yang perlu dalam kalangan orang yang berkhidmat dalam—

(a)

perkhidmatan Hal Ehwal Islam; dan

(b)

perkhidmatan pendidikan, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

(2)

Seseorang Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subkaedah (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar.