Malaysia legislation

Section 25

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 25

(1)

Pemegang permit atau pemegang lesen yang terhenti daripada membina premis akuakultur atau terhenti daripada menjalankan aktiviti akuakultur hendaklah menyerahkan balik permit atau lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada

Ketua Pengarah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pemberhentian itu dengan mengemukakan permit atau lesen kepada Ketua Pengarah berserta dengan suatu notis bertulis bagi maksud itu.

(2)

Penyerahan balik hendaklah berkuat kuasa pada tarikh

Ketua Pengarah menerima permit atau lesen itu dan notis yang disebut dalam subkaedah (1), atau sekiranya suatu tarikh jangkaan penyerahan balik dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh jangkaan itu.

(3)

Penyerahan balik permit atau lesen tidak boleh dibatalkan melainkan jika dinyatakan akan berkuat kuasa pada suatu tarikh jangkaan dan Ketua Pengarah,

17

sebelum tarikh itu, melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik.

(4)

Jika permit atau lesen telah diserahkan balik menurut subkaedah (1), pemegang permit atau pemegang lesen hendaklah mengalihkan semua struktur dan kemudahan di premis akuakultur dan memulihkan tapak premis akuakultur kepada piawaian yang diterima oleh Ketua Pengarah dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subkaedah (1).

Section 25 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017