Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Potongan
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh
P.U. (A) 14 3
asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan—
(a)
oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam tempoh asas itu berkenaan dengan perniagaannya; dan
(b)
terutama atau semata-mata bagi maksud penyertaan dalam pameran kerjaya yang diluluskan.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—
(a)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan perjalanan ke suatu negara di luar Malaysia oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu atau wakil orang yang boleh dikenakan cukai itu tidak melebihi tiga orang termasuklah orang yang boleh dikenakan cukai itu bagi maksud menyertai pameran kerjaya yang diluluskan dan perbelanjaan sebenar adalah tertakluk kepada—
(i)
tambang kapal terbang kelas ekonomi;
(ii)
maksimum sebanyak tiga ratus ringgit sehari untuk penginapan; dan
(iii)
maksimum sebanyak satu ratus lima puluh ringgit sehari untuk makanan, bagi keseluruhan tempoh bermula daripada orang yang boleh dikenakan cukai itu atau wakilnya bertolak dari Malaysia dan berakhir apabila dia kembali ke Malaysia;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan bahan pemasaran dan promosi termasuklah tetapi tidak terhad kepada risalah,
P.U. (A) 14 4
bahan percetakan atau kain rentang yang mengandungi maklumat khusus yang berhubungan dengan pameran kerjaya yang diluluskan;
(c)
perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan bayaran yang dibuat kepada penganjur bagi pameran kerjaya yang diluluskan;
dan
(d)
perbelanjaan secara langsung yang dilakukan bagi menyertai pameran kerjaya selain yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b)
dan (c).
(3)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (2) bagi menyertai suatu pameran kerjaya yang diluluskan adalah merupakan tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 15 Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
(4)
Tiada potongan boleh dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini berkenaan dengan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang—
(a)
dinyatakan dalam subseksyen 18(1) Akta Petroleum (Cukai
Pendapatan) 1967; dan
(b)
dilakukan oleh seseorang yang boleh dikenakan cukai yang mempunyai suatu tempat perniagaan dan tertakluk kepada cukai dalam negara yang belanja pasti dan perbelanjaan itu dilakukan.
(5)
Jika jumlah amaun apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat
Ketua
Pengarah
Hasil
Dalam
Negeri boleh dijangkakan dengan semunasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri boleh, setakat yang berlebihan itu tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
P.U. (A) 14 5
(6)
Bagi maksud subkaedah (1), jika dua tempoh asas bertindih, tempoh yang sama dalam kedua-dua tempoh itu hendaklah disifatkan sebagai tergolong dalam tempoh asas yang pertama itu sahaja.
(7)
Bagi maksud untuk layak kepada potongan di bawah kaedah ini, orang yang boleh dikenakan cukai yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada Talent Corporation Malaysia Berhad yang mengesahkan bahawa pameran kerjaya itu ialah suatu pameran kerjaya yang diluluskan.
Dibuat 11 Januari 2013
[CR(8.09)294/6/4-9(SJ.9)(2012)(SK.6);LHDN.01/35/(S)/42/51/343-2;
PN(PU2)80A/XVIII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 83(2) Akta Petroleum (Cukai
Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 14 6
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (DEDUCTION FOR PARTICIPATION IN AN APPROVED
CAREER FAIR) RULES 2013