Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Permohonan untuk lesen firma guaman asing berkelayakan boleh dibuat dalam Borang B.
(2)
Tertakluk kepada syor Jawatankuasa Pemilihan, tiada lesen akan diberikan melainkan firma guaman asing dapat memenuhi syarat yang berikut:
(a)
ia mempunyai reputasi yang baik;
(b)
ia tidak tertakluk kepada apa-apa prosiding disiplin dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak pernah sebelum ini diambil prosiding disiplin untuk mana-mana kesalahan disiplin;
(c)
ia tidak menjadi pihak kepada mana-mana prosiding jenayah atau sivil yang boleh menjurus kepada prosiding disiplin diambil terhadap firma dalam mana-mana bidang kuasa;
(d)
ia tidak dilarang daripada menjalankan perniagaan dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak tertakluk kepada mana-mana syarat khusus dalam menjalankan amalan undang-undang akibat daripada apa-apa keputusan prosiding jenayah atau sivil terhadapnya oleh mana-mana bidang kuasa;
P.U. (A) 148 9
(e)
firma guaman asing itu, pada pendapat Majlis Peguam, mempunyai kepakaran dan pengalaman guaman yang berkaitan dalam bidang amalan yang dibenarkan;
(f)
firma guaman asing hendaklah memastikan bahawa bilangan peguam asing dalam firma guaman asing berkelayakan, yang bermastautin di Malaysia selama tidak kurang daripada seratus lapan puluh dua hari dalam mana-mana tahun kalendar hendaklah tidak kurang daripada jumlah yang ditentukan oleh
Majlis
Peguam dalam perundingan dengan
Jawatankuasa
Pemilihan, dalam mana-mana kes tertentu;
(g)
bilangan peguam
Malaysia dalam firma guaman asing berkelayakan di Malaysia hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
(h)
firma guaman asing berkelayakan hendaklah menyelenggara polisi insurans tanggung rugi profesional mengikut seksyen 78A
Akta; dan
(i)
firma guaman asing hendaklah mengemukakan suatu rancangan yang memuaskan kepada Majlis Peguam yang menjelaskan rancangan perniagaan firma guaman asing berkelayakan itu yang hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana rancangan untuk pemindahan teknologi dan kepakaran yang bersesuaian dalam bidang amalan yang dibenarkan dan cadangan sumbangannya terhadap pertumbuhan dan pembangunan perkhidmatan pasaran guaman Malaysia, serta pelaksanaan rancangan itu dan membuat aku janji bahawa tiada pengubahsuaian material akan dibuat kepada rancangan itu tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Peguam.
P.U. (A) 148 10
(3)
Syarat yang disebut dalam subkaedah (2) hendaklah terus terpakai selagi firma guaman asing berkelayakan itu dilesenkan.
(4)
Apabila kelulusan diberi untuk permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), Majlis Peguam hendaklah, setelah menerima fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen dalam Borang E.
(5)
Firma guaman asing berkelayakan hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluaran lesen, mengemukakan kepada Majlis Peguam suatu laporan tahunan prestasinya.
(6)
Laporan tahunan yang disebut dalam subkaedah (5) hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam dari semasa ke semasa, termasuk apa-apa rekod perakaunan firma guaman asing berkelayakan.
(7)
Lesen firma guaman asing berkelayakan hendaklah sah untuk suatu tempoh permulaan selama tiga tahun, melainkan dibatalkan lebih awal.
(8)
Majlis Peguam boleh, setelah menerima permohonan secara bertulis dan bayaran fi yang ditetapkan, membaharui lesen firma guaman asing berkelayakan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan.
Lesen untuk mengambil peguam asing