Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Permohonan lesen untuk mengambil seorang peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dalam firma guaman
Malaysia hendaklah dibuat dalam Borang C.
(2)
Bilangan peguam asing yang boleh diambil bekerja oleh firma guaman
Malaysia berlesen hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa
Pemilihan.
P.U. (A) 148 11
(3)
Apabila kelulusan diberi untuk permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), Majlis Peguam hendaklah, setelah menerima fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen dalam Borang F.
(4)
Firma guaman Malaysia hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas penghujung setiap tempoh dua belas bulan tarikh pengeluaran lesen, mengemukakan kepada Majlis Peguam suatu laporan tahunan prestasi peguam asing yang diambil bekerja oleh firma guaman Malaysia itu.
(5)
Laporan tahunan yang disebut dalam subkaedah (4) hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Majlis Peguam dari semasa ke semasa, termasuk apa-apa rekod perakaunan firma guaman Malaysia berkaitan dengan peguam asing selain daripada rekod akaun klien mereka.
(6)
Lesen untuk mengambil seorang peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dalam firma guaman Malaysia hendaklah sah untuk suatu tempoh permulaan selama tiga tahun, melainkan dibatalkan lebih awal.
(7)
Majlis Peguam boleh, setelah menerima permohonan secara bertulis dan bayaran fi yang ditetapkan, membaharui lesen untuk mengambil seorang peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dalam firma guaman
Malaysia tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan.
Pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia 6.
(1)
Permohonan oleh seorang peguam asing untuk didaftarkan bagi menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan dalam suatu perkongsian antarabangsa, suatu firma guaman asing berkelayakan atau suatu firma guaman
Malaysia, sama ada sebagai seorang pengarah, rakan kongsi atau pekerja, hendaklah dibuat dalam Borang G.
P.U. (A) 148 12
(2)
Bagi maksud subkaedah (1), permohonan itu hendaklah diiringi oleh sijil dan perakuan seperti yang dinyatakan dalam lampiran kepada Borang G.
(3)
Tertakluk kepada syor Jawatankuasa Pemilihan, tiada pendaftaran akan dibenarkan melainkan peguam asing itu:
(a)
mempunyai perwatakan yang baik;
(b)
telah diterima masuk untuk menjalankan amalan undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa yang diiktiraf;
(c)
tidak tertakluk kepada apa-apa prosiding disiplin dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak pernah sebelum ini diambil prosiding disiplin untuk apa-apa kesalahan disiplin;
(d)
tidak menjadi pihak kepada mana-mana prosiding jenayah atau sivil yang boleh menjurus kepada prosiding disiplin diambil terhadapnya dalam mana-mana bidang kuasa;
(e)
tidak dilarang daripada menjalankan amalan undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak tertakluk kepada apa-apa syarat khusus dalam menjalankan amalan undang-undang akibat daripada apa-apa prosiding jenayah atau sivil terhadapnya dalam mana-mana bidang kuasa;
(f)
mempunyai kepakaran atau pengalaman yang berkaitan dalam bidang amalan yang dibenarkan; dan
(g)
telah menghadiri kursus pendidikan atau ajaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam.
P.U. (A) 148 13
(4)
Dalam menentukan sama ada hendak mengesyorkan atau tidak permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), Jawatankuasa Pemilihan hendaklah mengambil kira faktor-faktor tertentu, termasuk sama ada―
(a)
terdapat cukup bilangan peguam Malaysia yang mahir dalam bidang amalan yang dibenarkan pada masa permohonan itu; dan
(b)
kemasukan peguam asing yang berkenaan akan menyumbang kepada pembangunan bidang amalan yang dibenarkan di Malaysia dan menjadi kepentingan terbaik bagi profesion guaman di
Malaysia dan orang ramai.
(5)
Bagi maksud menentukan sama ada seorang peguam asing memenuhi syarat mempunyai tempoh kepakaran atau pengalaman guaman yang berkenaan di bawah perenggan (3)(f), apa-apa tempoh yang digunakan untuk menghadiri apa-apa kursus atau pengajian pasca siswazah atau dalam berkhidmat untuk apa-apa artikel atau tempoh pelatihan atau latihan yang serupa hendaklah tidak diambil kira.
(6)
Seorang peguam asing yang didaftarkan untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang berkenaan hendaklah pada setiap masa terus memenuhi syarat yang dinyatakan dalam subkaedah (3).
(7)
Apabila kelulusan diberi untuk permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), Majlis Peguam hendaklah, setelah menerima fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu sijil pendaftaran dalam Borang H kepada pemohon.
(8)
Sijil pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subkaedah (7) hendaklah sah untuk tempoh dua belas bulan dari tarikh dikeluarkan melainkan dibatalkan lebih awal.
(9)
Majlis Peguam boleh, setelah menerima permohonan secara bertulis dan bayaran fi yang ditetapkan, membaharui pendaftaran seorang peguam asing tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan.
P.U. (A) 148 14
(10)
Tiada peguam asing didaftarkan untuk menjalankan amalan yang dibenarkan yang berkenaan boleh menjalankan amalan selain daripada sebagai seorang pekerja, seorang rakan kongsi atau seorang pengarah yang memegang ekuiti jika firma guaman asing ialah sebuah perbadanan ditubuhkan dengan sewajarnya untuk tujuan mengamalkan undang-undang sebagai suatu perkongsian antarabangsa, suatu firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.
Kelakuan profesional dan etika