Malaysia legislation
Section 26
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 26
Penyampaian dokumen
Tertakluk kepada kaedah 14, jika apa-apa dokumen dikehendaki disampaikan kepada pengadu atau peguam bela dan peguam cara yang berkenaan, firma guaman atau wakil mereka di sisi undang-undang di bawah Kaedah-Kaedah ini, ia hendaklah disampaikan dengan menghantarnya melalui pos berdaftar Akuan Terima dibayar dahulu atau perakuan pengeposan kepada pegadu atau peguam bela dan peguam cara yang berkenaan, atau wakil mereka di sisi undang-undang di alamat yang terakhir diketahui, mengikut mana yang berkenaan.